Friday, May 27, 2016

Salah Mencintainya (Bab 2)

“Mak…abah…atuk…pak su…cepat keluar…” Aku terkejut bila mendengar suara achik menjerit. Angah dan alang segera merapati katil. Kami sama-sama memegang tangan achik. Dahi achik berpeluh sambil meracau-racau.
“Mak…keluar…api tu…keluar…tolong…tolong…” Jerit achik. Aku segera memeluknya.
“Achik…achik…” Aku berusaha mengejutkannya. Angah sudah berlari mencari doctor.
“Abang…selamatkan mak  abah saya bang…selamatkan mereka…” tangis achik dengan mata yang terpejam.
Aku tidak sampai hati melihat keadaan adikku begitu. Baru pagi tadi kami menyempurnakan pengebumian, mak, abah, atuk dan pak su. Sekarang kami berjaga di hospital. Achik masih belum sedar.
“Atuk…pak su…cepat keluar…” jerit achik, tangannya terkapar-kapar seakan mencari sesuatu. Angah datang bersama seorang doctor dan seorang jururawat. Doctor menyuntik sesuatu menenangkan achik. Perlahan-lahan tubuh achik kembali layu.
“Kenapa dengan adik saya doctor?” tanyaku pada doctor lelaki itu. Doctor itu mengetap bibir.
“Keadaan ni biasa bagi seseorang yang baru terlibat dalam kemalangan. Mungkin dia masih teringatkan kemalangan itu.” Balas doctor itu. Aku hanya angguk. Doctor dan jururawat itu keluar.
“Kenapa semua ni terjadi pada kita long?” aku terkejut mendengar pertanyaan alang. Angah sudah keluar duduk di kerusi panjang, tempat acu tertidur.
“Alang…jangan menidakkan takdir. Semua ni ujian dari ALLAH.” Pujukku.
Alang mengeluh berat. Aku tahu bebanan perasaan itu kerana aku juga punya rasa yang sama. Kami baru kehilangan orang tua kami. Tempat kami bergantung. Aku tidak tahu apa nasib kami selepas ini. Aku pun baru dua bulan yang lalu habis belajar. Sekarang aku masih menganggur.
“Alang sedih sangat long…mak, abah, atuk dan pak su pergi tiba-tiba je.” Esak alang. Aku terus saja menariknya ke dalam pelukanku. Hanya itu yang mampu aku lakukan saat ini.
“Sudah la tu lang… kita patut bersyukur, achik selamat dalam kemalangan tu. Lepas ni, kita akan harungi hidup ni sama-sama. Selagi along masih hidup, along takkan biarkan adik along macam tu je. Susah senang kita mesti sama-sama.” Ucapku memujuk. Alang angguk, dia mengesat air matanya.
“Hmm…kalo mengantuk, alang tido dulu kat kerusi luar tu, sama dengan angah dan acu. Biar along temankan achik kat sini.” Ujarku lagi. Bahu adik bujangku itu ku tepuk lembut.
Sebaik saja alang berlalu, aku melabuhkan punggung di sebelah katil menempatkan tubuh adikku. Sampai sekarang achik belum membuka mata. Yang ada hanya suaranya yang meracau, menjerit meminta abah, mak, atuk dan pak su keluar dari kereta.
Begitu menderitakah achik kerana kemalangan itu. Trauma itu akan menghantui achik sampai bila-bila. Aku takut bila achik sudah sedar nanti, dia tidak dapat menerima keadaannya sekarang. Macam mana gadis seusia 14 tahun ini menerima berita yang memeritkan itu? Aku jadi gelisah.


Aku hanya mengangguk bila pihak polis menerangkan maklumat yang mereka perolehi. Hatiku panas dengan dendam yang mendalam. Sampai sekarang, pihak polis gagal mengesan kenderaan dan pemandu yang bertanggungjawab di atas kemalangan yang menimpa ahli keluargaku. Melalui siasatan dan melihat keadaan kereta dan kesan tayar pada jalan raya, nyata kereta yang di pandu oleh pak su di langgar dari belakang.
Kalau saja penjenayah itu berada di depanku, aku akan memukulnya selagi kudratku. Dia yang bertanggungjawab membuatkan aku dan adik-adik menjadi yatim piatu. Dia yang bertanggungjawab di atas penderitaanku dan adik-adik. Aku tidak akan maafkan dia. Tidak sekali-kali.
Mak lang! aku teringatkan adik arwah abah. Mak lang, emak saudara yang paling rapat dengan kami adik beradik. Mak lang tidak ada di sini kerana melanjutkan pelajaran di Australia. Masa pengebumian mak, abah, atuk dan pak su, mak lang tidak dapat balik kerana tidak cukup modal. Pak lang hanya bekerja sebagai pembantu di restoran di sydney. Dengan anak-anak mereka yang masih bersekolah di sana. Pak lang terpaksa ikut sama ke Australia kerana tidak sampai hati melihat mak lang tinggal di sana keseorangan, walaupun di sini Pak Lang bekerja sebagai cikgu. Pak lang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama dua tahun.
Kalau mak lang ada di sini, tidaklah kami rasa terlalu kehilangan. Kami hilang tempat berpaut, kami terkapar di tinggalkan oleh orang tua. Hendak mengharapkan mak long, sampai sekarang batang hidung mak long belum muncul. Ini pun mujur, Haji Berahim dan Hajah Kiah, jiran kami yang membantu kami adik beradik menguruskan jenazah ahli keluarga kami bersama penduduk kampung yang lain. Kedua-dua orang tua itu juga yang menghantar bekal pada kami di hospital.
Tidak semena, mena wajah Haris muncul di minda. Haris! Hatiku sebal mengingati lelaki itu. Haris memberi pelbagai alasan tika aku meminta pertolongannya untuk sama-sama dengan kami adik beradik menyempurnakan pengebumian keluargaku. Aku sendiri makin sukar untuk memahami hati lelaki itu. Dia tidak seperti lelaki yang aku kenal sebelum ini. Semenjak di naikkan pangkat dia makin menunjukkan keegoaannya. Masa masih belajar, dia tidak begitu. Dia seniorku. Dia banyak membantuku dalam pelajaran.


Aku kesihan melihat seorang pemuda berjalan terhencot-hencot sambil memeluk tongkat erat. Tidak semena-mena aku terkenangkan achik. Macam itu ke keadaan achik nanti? Aku jadi pilu. Dapatkah achik menerima hakikat itu nanti? Doctor telah mengesahkan kaki achik sebelah kanan tidak dapat di rawat. Entah apa istilah perubatan yang doctor beritahu, aku sudah tidak ingat. Yang pasti achik akan memakai tongkat seumur hidupnya.
Aku masih ralit memerhati tingkah pemuda itu. Wajahnya muram sambil berusaha untuk melangkah. Tiba-tiba pemuda itu terjatuh bila kakinya tersadung. Dia menjerit kesakitan. Aku pantas berlari mendapatkan pemuda itu.
“Encik tak apa-apa?” tanyaku.
Pemuda itu merenungku lama. Aku jadi malu pantas tunduk.
“Encik tak apa-apa ?” ulangku.
“Tak…eh!” Pemuda itu nampak keliru sambil berusaha untuk bangun.
Aku jadi kesihan, teragak-agak lengannya aku pegang untuk membantunya bangun. Dalam keadaan darurat seperti itu, tidak salah rasanya aku menghulurkan bantuan. Hendak memanggil orang lain pun keadaan di situ lengang.
“Biar saya tolong.” Tawarku.
Aku menunduk mengutip tongkatnya. Lelaki itu angguk perlahan. Aku cuba mengawal rasa maluku, walaupun mukaku sudah panas. Aku memimpinnya. Aku melangkah hati-hati, bimbang menyakiti lelaki itu.
“Auch…” Jerit pemuda itu.
Aku turut terkejut, bila kakinya tersadung lagi. Pemuda itu merenungku, aku tergamam. Lengan pemuda itu betul-betul memeluk pinggangku. Cepat-cepat pemuda itu menstabilkan diri. Aku menoleh ke arah lain mengelak rasa malu di peluk begitu.
“Sorry..” Ucapnya.
“Hmm…tak apa..” balasku.
Aku tahu, dia tidak sengaja untuk berkelakuan begitu. Aku terus membantunya sehingga masuk ke wad mewah. Dari penilaian ku, pemuda ini bukannya orang biasa-biasa. Mesti saja anak orang kaya.
“Thanks..” Ucapnya sebaik duduk di sisi katil.
Aku hanya mengangguk dan meminta diri untuk keluar. Sudah agak lama aku meninggalkan wad achik. Aku keluar tadi pun hendak ke surau. Tidak pulak aku sangka akan terserempak dengan pemuda tadi.


“Along dari mana?” Aku di sapa angah dengan soalan itu sebaik sampai di wad achik.
Aku terus duduk di sisinya, tanpa menjawab soalan angah. Adikku terus saja menyalami dan mengucup tanganku.
“Along baru lepas solat zohor. Angah tak turun kelas ke petang ni?” tanyaku kembali.
Angah hanya menggeleng. Alang dan acu, masih di sekolah. Haji Berahim akan membantuku menjemput mereka nanti. Banyak jasa orang tua itu pada kami, Cuma aku risaukan anak-anak Haji berahim. Mereka nampaknya kurang senang dengan layanan ayah dan emak mereka pada kami.
“Along kalau nak balik rumah, along baliklah. Biar angah jaga achik petang ni. Alang dengan acu pun tak ada orang tengokkan kat rumah nanti.” Ujar angah. Aku berfkir sejenak, berkira-kira dengan cadangan angah.
“Betul ke angah boleh jaga achik?” tanyaku meminta kepastian. Bukan apa, aku risau melihat wajahnya agak kepenatan. Sudah seminggu orang tua kami meninggal. Achik pun sudah mula sedar walaupun belum mengeluarkan suara walau sepatahpun. Puas sudah aku dan adik-adikku yang lain memujuk, tapi achik masih berdiam.
“Hmm..along jangan lah risau. Angah boleh jaga achik kat sini. Kalau ada apa-apa, angah akan terus call along.” Ucap angah. Aku tersenyum senang.


Balik dari hospital aku melalui jalan pusat tuisyen Permata. Iklan di depan pintu pagar di situ menarik minatku. Aku pantas pergi ke pondok jaga.
“Pak cik…sini cari cikgu tuisyen ye?” tanyaku. Lelaki tua itu mengangguk.
“Anak nak mohon ke?” tanyanya. Giliran aku pula yang mengangguk. Lelaki itu tersenyum.
“Hmm…kalo anak nak mohon, baik anak terus ke office pusat tuisyen ni kat blok pertama tu. Sampai situ, anak minta borang cikgu tuisyen. Ada rezeki…dapat la anak keje tu.” Beritahu pak cik jaga itu. Aku tersenyum gembira.
“Terima kasih pak cik… Hmm..saya ke sana sekarang lah. Minta diri dulu.” Ucapku sambil tersenyum hormat.
Pak cik jaga itu turut membalas senyumku. Aku bersyukur, kerana pak cik jaga itu dengan senang hati memberitahuku hal itu. Ya ALLAH ya TUHANku…murahkan lah rezeki untuk menampung keperluan adik-adikku. Doaku sambil melangkah ke arah pejabat pusat tuisyen itu.


Alhamdulillah…ucapku sebaik mendengar kata-kata dari pemilik pusat tuisyen itu. Aku tidak menyangka, tujuanku mengambil borang di pertemukan dengan pemilik tempat tuisyen itu. Ketika aku mengisi borang di depan kuanter, pemilik pusat tuisyen yang aku kenali sebagai abang Nasir lalu di situ. Abang Nasir terus bertanya tujuanku ke situ. Sebaik aku menerangkan tujuanku, abang Nasir cepat saja memangggilku dan Kak Nazira, kerani di situ ke dalam biliknya.
Aku di soal beberapa soalan tentang kelayakan akedemik dan pengalaman. Aku berterus terang memberitahu aku baru habis belajar, tapi atas budi bicara abang Nasir, aku terus di tawarkan menjadi cikgu kelas Tuisyen di situ. Aku meminta tempoh sebulan untuk memulakan tugas di situ kerana masalah keluarga yang aku alami. Abang Nasir pun tidak banyak kerenah, dia setuju saja kerana cikgu yang berhenti itu pun akan berhenti selepas notis berhenti sebulan lagi.
Balik ke rumah, alang dan acu sudah menunggu di depan pintu rumah. Wajah mereka sedikit ceria melihat kedatanganku. Acu pantas saja memelukku manja.
“Along dah balik..” tegurnya melentok manja. Aku tersenyum saja.
“Sekolah hari ni okey?” tanyaku sambil melangkah masuk.
Kedua-dua adikku mengangguk saja. Acu tidak melepaskan tanganku. Masih memeluk manja. Aku kesihan melihatnya. Pantas saja aku tarik dia duduk di pangkuanku. Tubuhnya kecil ku peluk sayang. Alang mencebik mengusik acu. Acu membalas dengan menjelirkan lidah pada alang. Aku tergelak melihat adik-adikku.
“Dah makan ke belum ni?” tanyaku. Acu menggeleng. Alang hanya diam.
“Hmm…kalo macam tu…acu tolong alang siapkan makanan ni kat dapur k. Along nak mandi dulu. Lepas ni kita makan sama-sama.” Ujarku.
Alang mengambil nasi bungkus di atas meja dan di bawa ke dapur. Acu turut membantu sama. Aku segera ke tingkat atas untuk mandi.


Sebaik sampai di meja makan, makanan sudah sedia terhidang. Aku mengucup pipi adik-adikku sebagai tanda terima kasih. Acu tersenyum senang menerima kucupan itu, Cuma alang yang malu sendiri. Mungkin dia sudah besar panjang, tapi bagiku, adik-adikku tetap si kecil yang aku sayangi.
“Lepas ni acu ada kelas agama tak?” tanyaku.
Selama ini, aku tidak begitu ambil peduli jadual adik-adikku. Semuanya emak yang uruskan. Tapi, sejak emak meninggal, aku seakan bertanggungjawab ke atas semua itu.
“Hmm…hari ni tak ada. Esok dan lusa ada.” Balas Acu sambil mengunyah.
Aku tersenyum melihat gaya. Acu kelihatan comel begitu. Sebenarnya acu jarang makan sendiri, acu tidak reti untuk membuang tulang ikan. Arwah emak biasanya akan membuang tulang ikan untuk acu. Tapi, kali ini aku membiarkan acu mengasingkan tulang ikan itu sendiri. Biar dia belajar berdikari.
“Alang tolong ye…” ucap alang pada acu melihat acu terkial-kial mengasingkan tulang ikan. Acu menggeleng.
“Orang nak tolong jual mahal..” Alang mencebik.
“Hmm…alang..biarlah acu berdikari…” tegurku.
Alang tersengih sambil mengangguk-angguk. Biar acu sendiri yang berusaha. Aku tidak mahu dia terlalu manja. Kalau arwah mak masih ada, tidak lah susah. Ini, kami tingal adik beradik aje. Kalau esok-esok aku ke tempat kerja, siapa yang akan membantu acu?
“Bulan depan along akan start kerja malam tau. Nanti… korang berdua pandai-pandai jaga diri.” Ujarku perlahan. Alang terhenti menyuap. Dia dan acu sama-sama memandangku kehairanan.
“Along nak kerja kat mana?” Tanya Alang setelah agak lama terdiam.
“Along kerja kat Pusat Tuisyen Permata kat simpang sana.” Beritahuku sepintas lalu.
Aku menolak pinggan ke depan bila kenyang. Adik-adikku masih makan, agak berselera dengan lauk yang aku beli hari itu.
“Lepas ni along nak pergi jaga achik ye?” Tanya acu. Aku angguk saja. Pipi acu yang comot aku kesat.
“Hmm…acu ikut ye?” pintanya penuh berharap.
Aku serba salah. Kalau acu ikut, di mana dia hendak tidur nanti? Takkan di kerusi panjang seperti selalu. Aku kesihan melihatnya merengkok kesejukan di kerusi panjang dalam keadaan tidak selesa.
“Acu dok rumah aje ye. Malam nanti angah ada tolong tengokkan acu dan alang. Esok nak ke sekolah lagi kan?” pujukku. Acu mengetap bibir. Alang hanya menjadi pendengar sambil mengunyah.
“Acu nak tidur dengan along. Dekat dengan along, rasa dekat dengan mak.” Ucap acu.
Aku terpana mendengar kata-kata itu. Alang turut memandang acu. Aku menggamit tangan mengajak acu menghampiri. Sebaik dia berdiri di depanku, tubuh kecil itu aku peluk. Pipinya aku kucup sayang.
“Selagi along masih ada, along akan jaga acu macam arwah mak jaga kita semua. Hmm…tapi.. esokkan acu sekolah, kalau acu ikut along tidur hospital..kan lambat nak ke sekolah.” Pujukku lembut. Acu terangguk-angguk. Sekali lagi wajah comelnya ku usap.

“Hmm…dah pergi sambung makan. Lepas ni buat kerja sekolah k. along nak bersiap ke hospital.” Ujarku. 

No comments:

Post a Comment