Saturday, May 21, 2016

Roommate yang romantic (-1)

Haji Fadzli (Ayah): Nurjiha ni….lahir tanggal 8 Ogos. Dia ni dalam lurus orangnya, ada lucunya jugak. Dia anak yang mendengar kata. Tak pernah bantah. Tapi…yang buat pak cik takut, dia ni tak matang walaupun dah tua bangka.
Hajah Khadija (Mak): Kakak? Mak cik rasa dia anak yang baik. Ikut je cakap mak cik. Cume…macam budak-budak. Agak pemalas orangnya. Cantik….manis…macam mak cik muda-muda dulu. Hehe(biasala…mak memang suka puji anak. Nak bagi saham up sikit)
Acu: Kakak paling sporting. Senang di buli. Pemurah. Kelam kabut, lurus, kalo menipu muka dia akan cuak semacam. Kahkahkah…sebenarnya…saya sangat sayang pada kakak.
Wan: Nur Jiha? Korang pernah dengar perkataan sengal? Aku tak pernah jumpe lagi budak sesengal dia. Orangnya agak lurus, kelam kabut dan paling tak tahan. Suke berangan.

“Wan….kau nak kawan kau sihat kan?” Aku  mula buat senyum comel. Wan sudah buat muka cuak. Hehe…mungkin dia tau, dia akan kena dengan aku lagi.
“Kau ni mesti ada sesuatu. Cakap je la…jangan nak banyak simpang siurnya.” Balas Wan.
“Kalau ko nak aku sihat, kau belanja la aku beli air soya tu..” Aku memuncungkan mulut ke gerai Pak Mail. Wan menjeling geram.
“Ni tak ada keje lain. Asyik nak mintak aku belanja je. Jom…kita pergi beli.” Ajak Wan sambil tersenyum kecil.
“Thanks Wan…ko la kawan aku di dunia.” Ucapku sambil senyum nakal.
“Takkan kawan di dunia je..” ujar Wan tak puas hati.
“Yela…kawan di dunia je la. Kalo ko masuk neraka kat akhirat nanti, tak nak la aku ikut sama.” Balasku mengenakannya. Wan menampar lenganku lembut sambil ketawa geli hati. kahkahkah… itu la yang aku suka sangat dengan si Wan ni. Dia kalo dengan aku tak pernah berkira. Kalo aku rasa aku nak mintak dia belanja aku, dia tak lokek bagi wit. Aku pun macam dia gak. Aku bagi je wit kat dia kalo dia tengah-tengah sempit.


Aku harus tegas. Aku tidak boleh mengalah dengan kehendak orang lain. Aku berhak menentu masa depanku sendiri. Yes! Aku harus kuat. Wacha…
“Nur…” aku telan liur bila namaku di laung.
“Ye..ye mak…” aku gugup. Pantas aku melangkah ke tingkat bawah. Siapa aku?

Nama: Nur Jiha bt Muhammad Fadzli.
Tarikh lahir: 8 Ogos…(tahun dirahsiakan)
Perwatakan: Kelam kabut, tidak matang, anak yang taat (semestinya) dan lain-lain lagi.
Penampilan diri:
Muka- Leh tahan
Hidung-Leh tahan
Mata-Leh tahan
Bibir-seksi.(hehe..seksi ke?)
Kulit- putih bersih

“Nur…dalam berjalan pun sempat berangan.” Tegur emak. Aku duduk mengambil tempat di sebelah emak.
“Ada apa mak dan ayah panggil Nur?” tanyaku. Wajah orang tuaku Nampak serius. Terutama ayah.
“Kami cadang nak kahwinkan Nur.” Beritahu ayah.
“Hah?” Aku rasa nak pengsan.

Mak dan ayah memang tak patut wat aku macam ni. Semua keputusan mereka yang buat. Aku tau, mereka wat semua tu kerana takut aku tersilap pilih jalan. Mereka kenal anak mereka ni, tak matang walaupun umur dah 23 tahun. Tapi…takkan la bakal suami pun mereka juga nak tentukan. Ala-ala zaman P.Ramlee plak aku sekarang. Aku pun ada impian untuk mencari bakal suami aku ikut selera aku. Tapi…sebagai anak aku tak berani nak bantah. Sejak habis study, aku di paksa rela keje dengan ayah. Mule-mule ayah bagi aku keje kerani,  dua tiga bulan aku di naikkan pangkat jadi pembantu pengurus kewangan. Genap setahun aku jadi plak PA ayah. Leh kerana aku tak berminat, aku setuju je. Kan aku cakap tadi, aku di paksa rela keje dengan ayah aku.
Sebenarnya…aku punya impian aku sendiri. Aku nak bukak business aku sendiri. Business jual top up. Bagi aku business jual top up ada masa depan, business sentiasa jalan. Tak perlu pening kepala urus itu ini, cukup la stall kecik depan rumah, banner dan sorang pekerja. Kalau nak jimat kos, aku sendiri leh jadi pekerja, aku lantik diri aku sendiri jadi CEO dan sekaligus jadi pengurus.
Tapi…bila aku bagitau impian aku ni depan family, mak dan ayah macam nak terkam marah kat aku. Acu plak…tak guna langsung. Berguling-guling dia gelak atas karpet. Sampai hati mereka mempersendakan impian murni aku. Lepas tu mak aku bersyarah dengan aku. Dia cakap kalo setakat nak wat business jual top up depan rumah, baik tak yah belajar tinggi-tinggi ambik degree. Lepas tu bla, bla, bla..dan bla, bla, bla lagi. Entah ape yang cikgu Khadija cakap lagi aku dah tak tau. Rasa tepu je kepala otak aku dengan leterannya. 
Ayah pulak…terus koyak proposal yang aku wat tiga hari tiga malam kerana terlalu marahkan aku. Kononnya proposal tu aku nak bawak pergi bank nak wat pinjaman kalo ayah tak nak bagi modal.  Aku kecut melihat kemarahan orang tua aku. Aku paling takut kemungkaran orang tua selain dari kemungkaran yang maha Esa.
Bab si acu yang terguling-guling gelakkan aku tak habis lagi. sebaik je mak dan ayah masuk bilik, aku hempuk kepala acu dengan buku dia. Aku terus pecut lari, lepas hempuk kepala acu. Bimbang serangan balas dari acu. Tak pasal-pasal nanti aku sumpah dia jadi adik derhaka kalo dia balas.
Sekarang…mak dan ayah nak aku kahwin plak. Entah dengan sapa, aku pun tak tau. Nak memberontak pun tak dapat. Aku pun ada ciri-ciri lelaki idaman aku sendiri.
Pertama..semestinya yang beriman. Senang nak bimbing aku dan anak-anak kami nanti
 Kedua… mesti la tinggi seinci dua je dari aku. Tak la aku mendongak dia je bila nak cakap kalau dia tinggi sangat.
 Ketiga…kulit sawo matang. Tak nak yang putih. Tak macho kalo putih. (Pendapat Nur Jiha, lelaki yang berkulit putih, jangan kecik ati)
Keempat… tak nak yang romantic. Geli la dapat mat romantic ni. Wat malu je kalo dia ucap bahasa jiwang depan orang ramai. Tambah-tambah kalo yang romantic ni berpotensi untuk di kebas orang.
Kelima..bukan laki orang.
Keenam..penyayang.
Ketujuh, setia.
Kelapan-matang.
Kesembilan- tak nak yang kaki judi, kaki botol dan segala jenis kaki yang buruk. Kaki bangku tu leh diterima.
Kalo boleh…yang ke sepuluh…bukan perokok. Bukan pe…rimas dengan bau lelaki yang bau asap je. Macam bau tempat pembakaran je.

Aku gelisah tak tentu pasal sejak mak ayah bagitau aku tentang hal kahwin. Sesuka hati diaorang je nak kahwinkan aku. Aku belum cukup umur lagi. Eh! Kalo 23 tahun tak cukup umur lagi ke? Huhuhu…tak nak…nanti tak leh tumpang tido bilik mak ayah lagi. Nanti mesti semua kena kongsi melainkan barang-barang keperluan yang terlalu peribadi. Hah…..aku geram.

Target dikenalpasti. Okey…mulakan operasi. Aku berjalan hati-hati ke ruang dapur. Misi kali ni mesti berjaya. Aku menyelitkan badanku di tepi langsir sebelah pintu dapur. Mak dan ayah pun dok seronok berbual. Dari apa yang aku curi-curi dengar, perkataan yang paling banyak di sebut KAKAK, KAHWIN, TAK MATANG, SUAMI, BAIK, CUCU, AMIR, BANYAK
‘Kahwinkan kakak sebab kakak tak matang. Bakal suami dia seorang yang baik. Cucu Pak Amir dah banyak.’ aku merumuskan perbualan mak dan ayah. Betul ke? Macam buat karangan budak UPSR je. Apa kena mengena dengan Pak Amir? Sapa plak Pak Amir? Entah!
“Kakak…keluar dari situ, badan macam gajah ada hati nak sembunyi.” Panggilan mak wat aku terkejut. Perlahan-lahan aku melangkah  ke arah mereka. Dua pasang mata memandangku dengan senyuman. Nampak bahagia sangat muka mereka. Mereka tak tau anak tunggal perempuan mereka ni dah macam apa dah… serabutnya fikiran aku macam berserabutnya rambut acu tak bersikat sebulan.
“Ni….mak dan ayah dah bincang. Kakak ni….walaupun dah tua bangka, tapi tak matang. Jadi…mak ayah dah cari calon suami yang untuk kamu. Dia sorang yang baik. Boleh kakak bagi kami cucu. Nama calon suami kakak…Amir. Lepas korang berdua kahwin, dapat la kami timang cucu banyak-banyak. Kami pun memang tak sabar nak ada cucu sendiri.” Terang  emak membetulkan pemahamanku tadi. Aku plak…rasa makin tension yang amat.
Mak dan ayah ni pun satu hal. Seram sejuk je aku dengar perkataan cucu. Kot ya pun tak sabar nak ada cucu, ambik la cucu angkat. Banyak budak-budak kecik kat rumah anak yatim yang boleh mereka jadikan cucu angkat.
“Tapi…mak…tak awal sangat ke?” tanyaku separuh berani. Mak dan ayah pandang tepat ke wajahku.
“Nur…mak dulu kahwin masa masih study.” Balas emakku. Aku terkejut.
“Mak kahwin masa masih study? Mak kahwin dengan sapa?” tanyaku. Aku tak pernah tau, mak kahwin masa study. Mak tak pernah cerita pun.
“Kau ni…tu la aku nak kahwinkan kau cepat-cepat. Mesti la mak kau kahwin dengan ayah. Bendulnya tak habis-habis.” Ucap ayah. Aku tertunduk malu. Ya tak ya jugak. Aku dah cuak tengok muka ayah. Ayah…kalo dia dah bengang memang bahasanya akan bertukar jadi ‘aku’ dan ‘kau’. Seimbang la dengan mak yang lemah lembut. Entah aku ni ikut perangai siapa entah…

Rupa-rupanya bakal suami aku yang mak uar-uar kan sebelum ni adalah si Amir ni anak arwah Pak Wan, rakan kongsi ayah dulu. Aku tak pernah jumpe si Amir ni sejak aku darjah enam.  Amir masa tu tingkatan dua. Memang  tak pernah nampak si Amir lepas tu  sebab dia dah pindah Alor Setar, kemudian dia masuk U, habis je U dia mengurus cawangan syarikat keluarga kami di Alor Setar. Tapi…setahu aku si Amir ni dah la comot. Bukannya nak mengutuk la, seingat aku, Si Amir ni jerawat bertompok sana sini, muka berminyak. Kalo buat goreng telur, sah-sah masak sebijik. Yang lain tu pun…rasanya bukannya okey sangat. Tapi…tang mengusiknya la aku tak tahan. Tau la aku dulu ketegori, budak-budak comel sedunia masa tu, dan sekarang pun masih comel. Hehe… aku selalu je jadi mangsa usikan si jahat Amir. Apa yang aku ingat pasal si Amir ni semuanya yang buruk-buruk belaka. Tak ada yang baiknya. Mengingati pasal Amir wat aku meluat yang amat. Sampai aku naik menyampah nak sebut nama dia.
Takkan aku nak kahwin dengan lelaki jahat tu? Tak pasal-pasal naya idup aku. Entah-entah dia masih tak hensem macam dulu macam mana? Aku bukannya memilih sangat, tapi…biar la sedap mata memandang. Tak hensem tak pe, janji sedap mata memandang. Kalo dia dah hensem tu satu bonus. Tapi…dapat ke dia jadi hensem? Huhu…masih berjerawat dan berminyak ke muke dia?



Assalammualaikum Nur…lama tak jumpa..” tegur suara lelaki itu. Aku tidak kenal siapa tu. Macam mana dia boleh kenal aku? Muka aku ni bukannya ada kuar majalah hiburan pun. Majalah sekolah ada la, tu pun kecik je muka aku kat situ. Masa aku tunjuk muka aku kat majalah sekolah tu ayah terpaksa pinjam kanta pembesar kawan dia sebab nak tengok muke aku.
“Waalaikum salam…awak ni sapa?” tanyaku. Emak dan ayah tepuk dahi. Aku kerut kening tak mengerti.
“Saya Amir….awak tak ingat ke?” aku terkejut. Eh! Betul ke lelaki yang agak hensem ni Amir? Macam tak caya je..
“Ada apa-apa nak tanya ke?” Tanya Amir lagi. mungkin dari tadi dia hairan melihat aku menilik wajahnya curi-curi. Jangan nak perasaan ye Amir, ada sesuatu tentangnya mengganggu fikiranku.
“Hmm….saya musykil la…” balasku masih di belengu oleh beberapa soalan.
“Apa..yang awak musykilkan?” Tanya Amir macam tak sabar. Mata dia pun nampak bersinar.
“Mana pergi jerawat awak dulu? Pencuci apa yang awak pakai untuk hilang jerawat tu?” tanyaku. Aku musykil…macam mana Amir boleh menghilangkan jerawatnya. Aku jadi hairan bila Amir dan kedua orang tuaku tergelak.
“Tak ada soalan lain ke nak tanya Nur?” Tanya Ayah terseyum geli hati. Aku kerut kening.
“Yela ayah…dulu..punya la banyak jerawat. Sekarang dah licin. Produk apa yang awak guna?” Tanyaku lagi. Tak puas hati.
“Hmm…tak ada apa-apa..mungkin kerana air wuduk.” Cheh! Entah apa punya jawapan yang dia bagi. Nak perli aku ke? Aku pun solat gak.. tak pernah tinggal solat melainkan di waktu-watu keuzuran. Tapi..memang la suke lambat-lambatkan. Dah terbiasa masa study dulu.


“Wan….walau apapun…kau kena tolong aku…” Aku tidak tahu hendak minta tolong kat sapa lagi. acu? Tak leh harap, nanti tolong nya tak seberapa. Upahnya…berlebih-lebih.
“Nak tolong apa? Kau ni…serabut je.” Balas Wan malas. Ni la yang wat aku bengang dengan ex-roommate aku ni. Kalo dah emo…dia plak yang lebih-lebih. Tapi, part tak endahnya…wat kesabaran aku ke tahap maksima.
“Tolong siasat tentang seseorang.” Ujarku. Wan merenungku dengan mata yang bulat.
“Kau ni main apa plak dah ni Nur? Nak main polis perompak ke nak siasat-siasat..” Keluh Wan. Aku rasa kalo bagi terajang kat perut Wan ni, mana tak seminggu dia dok dalam wad. Ada ke dia cakap aku main-main?.. Dah la aku dalam keadaan tension yang amat ni.
“Aku serius la…aku nak minta tolong kau siasat bakal suami aku.” Balasku. Wan tergelak, sampai berair biji matanya.
Aku dah sedia kepal jemari aku. Kalo lima minit lagi dia tak henti, siap la aku bagi sebiji dua kat kepala dia. Biar benjol tiga tingkat.
Sepuluh, Sembilan, lapan, tujuh, enam, lima, empat, tiga, dua, satu.
Tup…
Serta merta gelak Wan mati. Aku pandang wajahnya serius membalas pandanganku sambil bersila.
“Ye Nur…Siapa bakal suami kau?” Tanya Wan serius. Heh! Lepas kena ketuk baru betul cikit kepala budak sengal ni.
“Amir.” Jawabku pendek. Wan mengerutkan dahi . Keningnya terangkat.
“Sapa dia tu?” Tanya Wan lagi.
“Amir tu…anak rakan kongsi ayah. Arwah Pak Wan. Aku jumpe dia masa aku kecik lagi. Kau tau kan, aku dulu cute sangat. Si Amir ni selalu usik aku. Muke dia dulu…Ya ALLAH….penuh dengan jerawat. Tapi….sekarang tak lagi. Licin je. Aku da juak usha-usha tanya dia produk ape yang dia pakai. Dia tak cakap pun. Kau tolong siasat pasal dia.” Ceritaku. Kembang kempis lubang hidungku  dengan dada yang turun naik. Nafasku ku tarik panjang. Biar masuk sikit oksigen.
“Okey….nanti aku siasat pasal produk apa yang dia guna buang jerawat dia.” Balas Wan penuh yakin. Aku tepuk dahi. Budak ni nak kata bengap…tak jugak. Tiap sem dapat dean list time study… tapi… Arahan mudah yang aku bagi… Dia tak leh tangkap.
“Aku bukan nak kau siasat pasal produk apa yang dia guna nak hilang jerawat dia…tapi…aku nak kau siasat tuan punya badan dia macam mana…aku bagi sekali lagi baru tau…” marahku. Wan mamandangku lama, lepas itu baru dia terangguk-angguk.
“Entah apa-apa kau punya cerita…berbelit-belit. Cuba la cakap straight to the point je… ni kalo cerita ko buat tulis jawapan exam, sah-sah kena repeat paper.” Kutuk Wan. Aku sengih aje.
“Wan…aku minta maaf ketuk kepala kau tadi…” ucapku. Sedikit sebanyak aku rasa bersalah. Setakat ketuk mengetuk, apa la sangat. Mintak Wan halalkan je la… Sengihan Wan membuahkan senyumku.
“Aku pun sama. Minta maaf ye…” Habis je ayat tu aku rasa telingaku berdengung sekejab. Sakit bila menerima serangan balas dari kawan derhaka macam Wan. Wan memang tak tunggu lama kat situ. Dia terus berlari keluar dari bilik aku. Ke mana lagi tempat yang paling selamat, kalo tak kat sebelah cikgu Khadija.

Beriman, baik hati, bukan laki orang, tak merokok, bukan kaki judi atau sewaktu dengannya, penyayang, matang….romantik.
Beriman…buktinya…sembahyang tak tinggal. Jarang nak berbual kosong. Tak bersalaman dengan wanita bukan mahram, dan banyak lagi sikap mahmudah.
Baik hati-disenangi rakan sekerja dan kenalan-kenaan.
Bukan laki orang-Jiran-jiran cakap tak pernah lagi tengok wanita atau budak kecik kat rumah.
Tak merokok-Berbau nyaman.
Bukan kaki judi atau sewaktu dengannya-destinasi yang di kunjungi, rumah ke pejabat, pejabat ke rumah, rumah ke masjid, masjid ke rumah. Tak pernah lagi nampak dia pergi Kasino atau dok bawah pokok mempelam sama dengan penagih judi.
Penyayang-buktinya…pernah sekali sorang budak kecik terlanggar dia kat shopping complex lepas tu dudak tu nangis, dia plak dokong budak tu dan pujuk sampai budak tu berhenti nangis.
Matang-Ye..segala tindakan Nampak matang.
Romantik- buktinya tak payah suruh Wan yang siasat. Aku sendiri dah tau, setiap kali datang rumah bawa bunga. Menyampah pun ada. Kenapa la setiap bukti yang aku dapat baik-baik je tentang dia. Macam mana aku nak tolak? Nak bagi dia nampak buruk je di mata mak dan ayah?
“Apa kata kita bagi laporan palsu kat mak ayah aku?” Cadangku agak pendek akal. Sebab dah terdesak sangat nak tolak. Aku tak sedar lagi baik buruknya.
Beristifar panjang Wan mendengar cadanganku. Rambut aku pun dah serabut kerana terlalu tension. Mak ayah terlalu memaksa dalam keputusan ni. Tapi… kalo di fikir balik…Mak dan ayah tak salah sebenarnya. Aku jugak yang bersalah. Aku angguk je bila mak dan ayah cakap nak kahwinkan aku.
“Fitnah tu lebih kejam dari membunuh tau tak. Gila ke apa kau? Dia tu baik la Nur…. Aku dah intip dia dua minggu ni… lelaki macam mana lagi yang kau nak cari?” Keluh Wan. Ye…baik tu memang baik. Tapi…argh…Wan tak faham.
“Aku cuma nak yang sesuai dengan jiwa aku.” Balasku.
“Jangan mencari yang sempurna Nur…kerana yang sempurna tu akan menuntut kesempurnaan dari kita.” Ucap Wan. Kalo nak bagi nasihat ni Wan memang pandai sangat.
“Aku bukan nak sempurna. Tapi…aku tak nak dengan Amir. Aku benci dia sejak aku kecil lagi.” Aku rasa nak menjerit je.
“Benci ke…atau kau takut nak kahwin…yela…hehe…”Wan dah sengih nakal. Aku dah buat muka bosan dengar dia merapu.
“Kalau kau tak dapat tolong, aku cari idea sendiri. Aku nak berhadapan dengan dia. Ya! Aku harus tegas.” Aku menjerit kecil. Semangatku rasa berkobar-kobar.


“Hello..”
“Hello…Assalammualaikum…you. I  nak you tolak proposal ayah nak kahwinkan kita. Ingat! Jangan nak memandai je setuju. I tak cintakan you. You tak cintakan I. I yakin rumah tangga yang kita bina nanti tak akan ke mana-mana. ” Hamburku sebaik talian sebelah bersahut. Aku rasa semput je kerana bercakap tak henti-henti.
Oksigen…oksigen… aku menarik nafas dalam-dalam.  Aku harus tegas, Amir harus menolak cadangan ayah untuk menyatukan kami berdua. Aku tidak boleh menerima dia.
“Hello adik manis…siapa cakap ni? Saya bukan muslim la adik manis…” aku terkejut mendengar suara di talian. Wajahku rasa panas. Eh! Aku salah nombor ke?
“Sorry..sapa ni?” tanyaku dengan rasa sedikit cuak bercampur malu.
“Ini Ravi cakap. Adik manis ni siapa?” aku rasa tawaku nak terhambur je. Tapi aku tahan. Malu pun tak terkira dah ni.
“Hehehe…encik Ravi…encik Ravi terkena panggilan hangus…tut..tut…” aku terus mematikan talian. Ada ke panggilan hangus? Entah! Tapi… hal dengan si ‘A’ bukan nama sebenar tak settle lagi ni.
Aku dail semula nombor Amir. Tadii aku salah tekan, butang lima, aku tekan lapan. Tapi…untuk keselamatan aku harus berlakon.
“Assalammualaikum…. Ni encik Murad, pembuat batu nisan ke?” tanyaku.
“Waalaikumsalam…Eh! Tak… ni Amir ni.” Balas suara di sebelah.
“Amir…ni Nur.” Ucapku.
“Nur….sapa yang meninggal?” Tanya Amir cemas. Cheh! Celupar betul si Amir ni.
“Sapa yang meninggal?” tanyaku balik.
“Tadi Nur cari encik Murad, pembuat batu nisan.” Balas Amir. Bengap betul si Amir ni. Tadi aku berlakon je la… kalo ada pun yang meninggal lepas ni, si Amir ni la. Aku cadang nak upah dua tiga orang gangster belasah dia. Tapi…lepas tu mesti aku kena tagkap polis la plak… huhuhu.. Tensionnya….
“Tak ada sesapa pun yang meninggal. Tadi, saje wat lawak. Lawak tak? Hahaha..” Aku gelak tak ikhlas. Amir turut tergelak sama. Entah…dia ikhlas tak gelak.
“Ada apa call I ni?” Tanya dia.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba mengumpul keberanian untuk memberitahunya apa yang berbuku di dada.
“I nak you batalkan rancangan nak kahwin dengan I. I tau, you tak cintakan I. Dan I pun tak cintakan you…” Aku terus mematikan talian.
Tut…tut…tut….. 

No comments:

Post a Comment