Bila putus cinta, mana-mana yang berjiwa lembut memang nangis tahap tak ingat. Tapi, mana yang berbadan kental atau berwajah brutal, malu siot nangis depan orang. Jadi... sini, LC ada cadangan kalau anda nak cover nangis bila putus cinta.
Friday, May 27, 2016
Salah Mencintainya (Bab 2)
“Mak…abah…atuk…pak su…cepat keluar…” Aku terkejut
bila mendengar suara achik menjerit. Angah dan alang segera merapati katil.
Kami sama-sama memegang tangan achik. Dahi achik berpeluh sambil meracau-racau.
“Mak…keluar…api tu…keluar…tolong…tolong…” Jerit
achik. Aku segera memeluknya.
“Achik…achik…” Aku berusaha mengejutkannya. Angah
sudah berlari mencari doctor.
“Abang…selamatkan mak abah saya bang…selamatkan mereka…” tangis
achik dengan mata yang terpejam.
Aku tidak sampai hati melihat keadaan adikku begitu.
Baru pagi tadi kami menyempurnakan pengebumian, mak, abah, atuk dan pak su.
Sekarang kami berjaga di hospital. Achik masih belum sedar.
“Atuk…pak su…cepat keluar…” jerit achik, tangannya
terkapar-kapar seakan mencari sesuatu. Angah datang bersama seorang doctor dan
seorang jururawat. Doctor menyuntik sesuatu menenangkan achik. Perlahan-lahan
tubuh achik kembali layu.
“Kenapa dengan adik saya doctor?” tanyaku pada
doctor lelaki itu. Doctor itu mengetap bibir.
“Keadaan ni biasa bagi seseorang yang baru terlibat
dalam kemalangan. Mungkin dia masih teringatkan kemalangan itu.” Balas doctor
itu. Aku hanya angguk. Doctor dan jururawat itu keluar.
“Kenapa semua ni terjadi pada kita long?” aku
terkejut mendengar pertanyaan alang. Angah sudah keluar duduk di kerusi
panjang, tempat acu tertidur.
“Alang…jangan menidakkan takdir. Semua ni ujian dari
ALLAH.” Pujukku.
Alang mengeluh berat. Aku tahu bebanan perasaan itu
kerana aku juga punya rasa yang sama. Kami baru kehilangan orang tua kami.
Tempat kami bergantung. Aku tidak tahu apa nasib kami selepas ini. Aku pun baru
dua bulan yang lalu habis belajar. Sekarang aku masih menganggur.
“Alang sedih sangat long…mak, abah, atuk dan pak su
pergi tiba-tiba je.” Esak alang. Aku terus saja menariknya ke dalam pelukanku.
Hanya itu yang mampu aku lakukan saat ini.
“Sudah la tu lang… kita patut bersyukur, achik
selamat dalam kemalangan tu. Lepas ni, kita akan harungi hidup ni sama-sama.
Selagi along masih hidup, along takkan biarkan adik along macam tu je. Susah
senang kita mesti sama-sama.” Ucapku memujuk. Alang angguk, dia mengesat air
matanya.
“Hmm…kalo mengantuk, alang tido dulu kat kerusi luar
tu, sama dengan angah dan acu. Biar along temankan achik kat sini.” Ujarku
lagi. Bahu adik bujangku itu ku tepuk lembut.
Sebaik saja alang berlalu, aku melabuhkan punggung
di sebelah katil menempatkan tubuh adikku. Sampai sekarang achik belum membuka
mata. Yang ada hanya suaranya yang meracau, menjerit meminta abah, mak, atuk
dan pak su keluar dari kereta.
Begitu menderitakah achik kerana kemalangan itu.
Trauma itu akan menghantui achik sampai bila-bila. Aku takut bila achik sudah
sedar nanti, dia tidak dapat menerima keadaannya sekarang. Macam mana gadis
seusia 14 tahun ini menerima berita yang memeritkan itu? Aku jadi gelisah.
Aku hanya mengangguk bila pihak polis menerangkan
maklumat yang mereka perolehi. Hatiku panas dengan dendam yang mendalam. Sampai
sekarang, pihak polis gagal mengesan kenderaan dan pemandu yang
bertanggungjawab di atas kemalangan yang menimpa ahli keluargaku. Melalui
siasatan dan melihat keadaan kereta dan kesan tayar pada jalan raya, nyata
kereta yang di pandu oleh pak su di langgar dari belakang.
Kalau saja penjenayah itu berada di depanku, aku
akan memukulnya selagi kudratku. Dia yang bertanggungjawab membuatkan aku dan
adik-adik menjadi yatim piatu. Dia yang bertanggungjawab di atas penderitaanku
dan adik-adik. Aku tidak akan maafkan dia. Tidak sekali-kali.
Mak lang! aku teringatkan adik arwah abah. Mak lang,
emak saudara yang paling rapat dengan kami adik beradik. Mak lang tidak ada di
sini kerana melanjutkan pelajaran di Australia. Masa pengebumian mak, abah,
atuk dan pak su, mak lang tidak dapat balik kerana tidak cukup modal. Pak lang
hanya bekerja sebagai pembantu di restoran di sydney. Dengan anak-anak mereka
yang masih bersekolah di sana. Pak lang terpaksa ikut sama ke Australia kerana
tidak sampai hati melihat mak lang tinggal di sana keseorangan, walaupun di
sini Pak Lang bekerja sebagai cikgu. Pak lang terpaksa mengambil cuti tanpa
gaji selama dua tahun.
Kalau mak lang ada di sini, tidaklah kami rasa
terlalu kehilangan. Kami hilang tempat berpaut, kami terkapar di tinggalkan
oleh orang tua. Hendak mengharapkan mak long, sampai sekarang batang hidung mak
long belum muncul. Ini pun mujur, Haji Berahim dan Hajah Kiah, jiran kami yang
membantu kami adik beradik menguruskan jenazah ahli keluarga kami bersama
penduduk kampung yang lain. Kedua-dua orang tua itu juga yang menghantar bekal
pada kami di hospital.
Tidak semena, mena wajah Haris muncul di minda.
Haris! Hatiku sebal mengingati lelaki itu. Haris memberi pelbagai alasan tika
aku meminta pertolongannya untuk sama-sama dengan kami adik beradik menyempurnakan
pengebumian keluargaku. Aku sendiri makin sukar untuk memahami hati lelaki itu.
Dia tidak seperti lelaki yang aku kenal sebelum ini. Semenjak di naikkan
pangkat dia makin menunjukkan keegoaannya. Masa masih belajar, dia tidak
begitu. Dia seniorku. Dia banyak membantuku dalam pelajaran.
Aku kesihan melihat seorang pemuda berjalan
terhencot-hencot sambil memeluk tongkat erat. Tidak semena-mena aku
terkenangkan achik. Macam itu ke keadaan achik nanti? Aku jadi pilu. Dapatkah
achik menerima hakikat itu nanti? Doctor telah mengesahkan kaki achik sebelah
kanan tidak dapat di rawat. Entah apa istilah perubatan yang doctor beritahu,
aku sudah tidak ingat. Yang pasti achik akan memakai tongkat seumur hidupnya.
Aku masih ralit memerhati tingkah pemuda itu.
Wajahnya muram sambil berusaha untuk melangkah. Tiba-tiba pemuda itu terjatuh
bila kakinya tersadung. Dia menjerit kesakitan. Aku pantas berlari mendapatkan
pemuda itu.
“Encik tak apa-apa?” tanyaku.
Pemuda itu merenungku lama. Aku jadi malu pantas
tunduk.
“Encik tak apa-apa ?” ulangku.
“Tak…eh!” Pemuda itu nampak keliru sambil berusaha
untuk bangun.
Aku jadi kesihan, teragak-agak lengannya aku pegang
untuk membantunya bangun. Dalam keadaan darurat seperti itu, tidak salah
rasanya aku menghulurkan bantuan. Hendak memanggil orang lain pun keadaan di
situ lengang.
“Biar saya tolong.” Tawarku.
Aku menunduk mengutip tongkatnya. Lelaki itu angguk
perlahan. Aku cuba mengawal rasa maluku, walaupun mukaku sudah panas. Aku
memimpinnya. Aku melangkah hati-hati, bimbang menyakiti lelaki itu.
“Auch…” Jerit pemuda itu.
Aku turut terkejut, bila kakinya tersadung lagi.
Pemuda itu merenungku, aku tergamam. Lengan pemuda itu betul-betul memeluk
pinggangku. Cepat-cepat pemuda itu menstabilkan diri. Aku menoleh ke arah lain
mengelak rasa malu di peluk begitu.
“Sorry..” Ucapnya.
“Hmm…tak apa..” balasku.
Aku tahu, dia tidak sengaja untuk berkelakuan
begitu. Aku terus membantunya sehingga masuk ke wad mewah. Dari penilaian ku,
pemuda ini bukannya orang biasa-biasa. Mesti saja anak orang kaya.
“Thanks..” Ucapnya sebaik duduk di sisi katil.
Aku hanya mengangguk
dan meminta diri untuk keluar. Sudah agak lama aku meninggalkan wad achik. Aku
keluar tadi pun hendak ke surau. Tidak pulak aku sangka akan terserempak dengan
pemuda tadi.
“Along dari mana?” Aku di sapa angah dengan soalan
itu sebaik sampai di wad achik.
Aku terus duduk di sisinya, tanpa menjawab soalan
angah. Adikku terus saja menyalami dan mengucup tanganku.
“Along baru lepas solat zohor. Angah tak turun kelas
ke petang ni?” tanyaku kembali.
Angah hanya menggeleng. Alang dan acu, masih di
sekolah. Haji Berahim akan membantuku menjemput mereka nanti. Banyak jasa orang
tua itu pada kami, Cuma aku risaukan anak-anak Haji berahim. Mereka nampaknya
kurang senang dengan layanan ayah dan emak mereka pada kami.
“Along kalau nak balik rumah, along baliklah. Biar
angah jaga achik petang ni. Alang dengan acu pun tak ada orang tengokkan kat
rumah nanti.” Ujar angah. Aku berfkir sejenak, berkira-kira dengan cadangan
angah.
“Betul ke angah boleh jaga achik?” tanyaku meminta
kepastian. Bukan apa, aku risau melihat wajahnya agak kepenatan. Sudah seminggu
orang tua kami meninggal. Achik pun sudah mula sedar walaupun belum
mengeluarkan suara walau sepatahpun. Puas sudah aku dan adik-adikku yang lain
memujuk, tapi achik masih berdiam.
“Hmm..along jangan lah
risau. Angah boleh jaga achik kat sini. Kalau ada apa-apa, angah akan terus
call along.” Ucap angah. Aku tersenyum senang.
Balik dari hospital aku melalui jalan pusat tuisyen
Permata. Iklan di depan pintu pagar di situ menarik minatku. Aku pantas pergi
ke pondok jaga.
“Pak cik…sini cari cikgu tuisyen ye?” tanyaku.
Lelaki tua itu mengangguk.
“Anak nak mohon ke?” tanyanya. Giliran aku pula yang
mengangguk. Lelaki itu tersenyum.
“Hmm…kalo anak nak mohon, baik anak terus ke office
pusat tuisyen ni kat blok pertama tu. Sampai situ, anak minta borang cikgu
tuisyen. Ada rezeki…dapat la anak keje tu.” Beritahu pak cik jaga itu. Aku
tersenyum gembira.
“Terima kasih pak cik… Hmm..saya ke sana sekarang
lah. Minta diri dulu.” Ucapku sambil tersenyum hormat.
Pak cik jaga itu turut
membalas senyumku. Aku bersyukur, kerana pak cik jaga itu dengan senang hati
memberitahuku hal itu. Ya ALLAH ya TUHANku…murahkan lah rezeki untuk menampung
keperluan adik-adikku. Doaku sambil melangkah ke arah pejabat pusat tuisyen
itu.
Alhamdulillah…ucapku sebaik mendengar kata-kata dari
pemilik pusat tuisyen itu. Aku tidak menyangka, tujuanku mengambil borang di
pertemukan dengan pemilik tempat tuisyen itu. Ketika aku mengisi borang di
depan kuanter, pemilik pusat tuisyen yang aku kenali sebagai abang Nasir lalu
di situ. Abang Nasir terus bertanya tujuanku ke situ. Sebaik aku menerangkan
tujuanku, abang Nasir cepat saja memangggilku dan Kak Nazira, kerani di situ ke
dalam biliknya.
Aku di soal beberapa soalan tentang kelayakan
akedemik dan pengalaman. Aku berterus terang memberitahu aku baru habis
belajar, tapi atas budi bicara abang Nasir, aku terus di tawarkan menjadi cikgu
kelas Tuisyen di situ. Aku meminta tempoh sebulan untuk memulakan tugas di situ
kerana masalah keluarga yang aku alami. Abang Nasir pun tidak banyak kerenah,
dia setuju saja kerana cikgu yang berhenti itu pun akan berhenti selepas notis
berhenti sebulan lagi.
Balik ke rumah, alang dan acu sudah menunggu di
depan pintu rumah. Wajah mereka sedikit ceria melihat kedatanganku. Acu pantas
saja memelukku manja.
“Along dah balik..” tegurnya melentok manja. Aku
tersenyum saja.
“Sekolah hari ni okey?” tanyaku sambil melangkah
masuk.
Kedua-dua adikku mengangguk saja. Acu tidak
melepaskan tanganku. Masih memeluk manja. Aku kesihan melihatnya. Pantas saja
aku tarik dia duduk di pangkuanku. Tubuhnya kecil ku peluk sayang. Alang
mencebik mengusik acu. Acu membalas dengan menjelirkan lidah pada alang. Aku
tergelak melihat adik-adikku.
“Dah makan ke belum ni?” tanyaku. Acu menggeleng.
Alang hanya diam.
“Hmm…kalo macam tu…acu tolong alang siapkan makanan
ni kat dapur k. Along nak mandi dulu. Lepas ni kita makan sama-sama.” Ujarku.
Alang mengambil nasi bungkus di atas meja dan di
bawa ke dapur. Acu turut membantu sama. Aku segera ke tingkat atas untuk mandi.
Sebaik sampai di meja makan, makanan sudah sedia
terhidang. Aku mengucup pipi adik-adikku sebagai tanda terima kasih. Acu
tersenyum senang menerima kucupan itu, Cuma alang yang malu sendiri. Mungkin
dia sudah besar panjang, tapi bagiku, adik-adikku tetap si kecil yang aku
sayangi.
“Lepas ni acu ada kelas agama tak?” tanyaku.
Selama ini, aku tidak begitu ambil peduli jadual
adik-adikku. Semuanya emak yang uruskan. Tapi, sejak emak meninggal, aku seakan
bertanggungjawab ke atas semua itu.
“Hmm…hari ni tak ada. Esok dan lusa ada.” Balas Acu
sambil mengunyah.
Aku tersenyum melihat gaya. Acu kelihatan comel
begitu. Sebenarnya acu jarang makan sendiri, acu tidak reti untuk membuang
tulang ikan. Arwah emak biasanya akan membuang tulang ikan untuk acu. Tapi,
kali ini aku membiarkan acu mengasingkan tulang ikan itu sendiri. Biar dia
belajar berdikari.
“Alang tolong ye…” ucap alang pada acu melihat acu
terkial-kial mengasingkan tulang ikan. Acu menggeleng.
“Orang nak tolong jual mahal..” Alang mencebik.
“Hmm…alang..biarlah acu berdikari…” tegurku.
Alang tersengih sambil mengangguk-angguk. Biar acu
sendiri yang berusaha. Aku tidak mahu dia terlalu manja. Kalau arwah mak masih
ada, tidak lah susah. Ini, kami tingal adik beradik aje. Kalau esok-esok aku ke
tempat kerja, siapa yang akan membantu acu?
“Bulan depan along akan start kerja malam tau.
Nanti… korang berdua pandai-pandai jaga diri.” Ujarku perlahan. Alang terhenti
menyuap. Dia dan acu sama-sama memandangku kehairanan.
“Along nak kerja kat mana?” Tanya Alang setelah agak
lama terdiam.
“Along kerja kat Pusat Tuisyen Permata kat simpang
sana.” Beritahuku sepintas lalu.
Aku menolak pinggan ke depan bila kenyang.
Adik-adikku masih makan, agak berselera dengan lauk yang aku beli hari itu.
“Lepas ni along nak pergi jaga achik ye?” Tanya acu.
Aku angguk saja. Pipi acu yang comot aku kesat.
“Hmm…acu ikut ye?” pintanya penuh berharap.
Aku serba salah. Kalau acu ikut, di mana dia hendak
tidur nanti? Takkan di kerusi panjang seperti selalu. Aku kesihan melihatnya
merengkok kesejukan di kerusi panjang dalam keadaan tidak selesa.
“Acu dok rumah aje ye. Malam nanti angah ada tolong
tengokkan acu dan alang. Esok nak ke sekolah lagi kan?” pujukku. Acu mengetap
bibir. Alang hanya menjadi pendengar sambil mengunyah.
“Acu nak tidur dengan along. Dekat dengan along,
rasa dekat dengan mak.” Ucap acu.
Aku terpana mendengar kata-kata itu. Alang turut
memandang acu. Aku menggamit tangan mengajak acu menghampiri. Sebaik dia
berdiri di depanku, tubuh kecil itu aku peluk. Pipinya aku kucup sayang.
“Selagi along masih ada, along akan jaga acu macam
arwah mak jaga kita semua. Hmm…tapi.. esokkan acu sekolah, kalau acu ikut along
tidur hospital..kan lambat nak ke sekolah.” Pujukku lembut. Acu
terangguk-angguk. Sekali lagi wajah comelnya ku usap.
“Hmm…dah pergi sambung makan. Lepas ni buat kerja
sekolah k. along nak bersiap ke hospital.” Ujarku.
Salah Mencintainya (Bab 1)
Aku tergamam sebaik menyambut panggilan sebentar
tadi. Berita yang dikhabarkan oleh lelaki itu betul-betul mencabar imanku.
Perlahan-lahan gagang telefon aku letak.
“Sapa call long? Mak dan abah ye?” pertanyaan adik
bongsuku menyentap dadaku.
“Mak ada cakap tak, dia nak belikan acu coklat?
Sebelum pergi tadi acu dah pesan.” Acu menarik-narik tanganku.
Bagaimana mahu ku terangkan pada dia bahawa abah dan
mak kami telah pergi selamanya. Panggilan dari pihak polis sebentar tadi
membuatkan lututku lemah. Aku tidak mampu menghambur tangisku. Rasa semua
kesedihan tersekat di dadaku.
“Along….” Rengek acu bila aku tidak mempedulikan
pertanyaannya. Aku pantas mendakap tubuh kecilnya. Acu tidak mengerti apa-apa
hanya menyebam kepalanya di dadaku.
“Kenapa long?” Angah menghampiri. Aku ketap bibir
menahan kepiluan.
“Mak dan abah…mereka..”
Aku terhenti seketika. Mengumpul kekuatan untuk
mengabarkan berita itu. Angah gengam erat bahuku, matanya merenung mataku lama.
Aku sudah tidak mampu menahan air jernih itu. Perlahan ia mengalir tanpa dapat
di sekat. Mulut angah sedikit terbuka, seakan dapat membaca apa yang ada di
fikiranku.
“Atuk, pak su dan achik macam mana?” Tanya angah
dengan suara yang bergetar. Acu memandang kami dengan pandangan keliru.
“Atuk dan pak su pun meninggal di tempat kejadian
ngah. Achik je yang selamat. Mereka dah bawa ke hospital.” Beritahuku sambil
menangis.
Angah serta merta memelukku dan acu. Alang yang baru
keluar dari biliknya nampak tergamam.
“Apa semua ni long?” Tanya Alang sambil menangis
merapati kami.
Angah terus memeluk alang. Aku sudah tidak mampu
berbuat apa-apa lagi. Semua anggotaku rasa lemah. Semangatku rasa melayang.
“Sabar dik…. Mak, abah, atuk dan pak su dah
meninggal, dalam kemalangan.” Beritahu Angah sambil mengusap belakang alang.
Alang menggogoi dalam pelukan angah. Acu mula
menangis kuat. Aku hanya mampu memeluknya. Tidak mampu bersuara walau sepatah
untuk memujuk lara di hati adik-adikku yang lain sedangkan hatiku sendiri tidak
mampu ku pujuk.
“Achik macam mana?” sedu alang. Angah dan alang
memelukku dan acu.
“Pihak polis cakap, achik dan di bawa ke hospital.”
Balasku dalam tangis. Aku kesat air mata adikku sorang demi sorang. Aku menarik
nafas dalam-dalam, cuba mengumpul sisa semangat dan ketabahan yang ada. Aku
tidak harus lemah di depan adik-adikku. Mereka sudah kehilangan tempat
bergantung, aku sebagai kakak yang tua harus kuat untuk mereka.
“Jangan nangis ye dik… lepas ni kita bersiap ke
hospital. Kita minta tolong Haji Berahim hantar kita ke hospital.” Pujukku.
Angah juga sudah mula memujuk alang dan acu. Sebagai anak lelaki yang tua, dia
turut cuba berlagak tabah depanku dan adik-adik kami yang lain.
*************************************************************************
“Along…jaga adik-adik ye. Jaga mereka baik-baik.”
Aku tidak sedap hati bila abah berpesan begitu.
Sesekali aku menjeling ke arah achik yang tergelak
kesukaan bila emak setuju membawanya. Geram aku melihat teletahnya, manja
mengalahkan anak bongsu. Dari tadi dia merengek mahu ikut sama membawa atuk ke
klinik. Sejak seminggu yang lalu atuk sudah tidak sedap badan. Puas mak, abah
dan pak su pujuk untuk ke klinik, baru hari ini orang tua itu setuju. Itu pun
selepas tidak larat untuk bangun lagi.
“Pak su drive tu hati-hatiku.” Pesanku sambil
mengucup tangan adik bongsu abahku itu.
Pak su hanya tersenyum sambil mengusap kepalaku.
Telatah ahli keluargaku hari ini amat ganjil di pandanganku. Abah sudah
berpesan yang bukan-bukan, emak pulak memandang kami adik beradik dengan mata
yang bergenang. Atuk memang tidak larat untuk memberi reaksi. Pak su pulak, dia
lebih senyap dari biasa. Tidak seperti hari-hari sebelum ini. Lidahku jadi kelu
untuk bertanya.
“Along... ni achik dari tadi merengek nak ikut. Mak
bawak, tapi nanti along jaga.” Pesan pulak emakku. Dia tiba-tiba memelukku.
Tidak semena-mena air mataku mengalir. Tambah deras
mengalir melihat emak dan abah memeluk adik-adikku lain sorang demi sorang.
Lagaknya seolah sudah lama tidak bertemu. Aku berpaling ke arah lain mengelap
air mata.
“Mak… balik nanti belikan acu coklat ye.” Pesan acu.
Emak mengusap pipi acu lembut sambil mengangguk perlahan.
“Angah dan alang tak pesan apa-apa?” Tanya abah.
“Hmm..tak apa la bah.” Sahut angah. Dari tadi aku
dan angah berbalas pandang. Mulut kami seakan terkunci untuk berkata.
“Angah jaga along dan adik-adik. Jangan biar orang
sakiti mereka.” Aku dan angah sekali lagi berbalas pandang mendengar pesan abah
sambil menepuk bahu angah.
Keanehan itu terjawab bila
mendapat berita pemergian mereka dalam kemalangan jalan raya. Aku sama-sama
sekali tidak menyangka mereka pergi terlalu mengejut. Ajal dan maut tiada siapa
dapat menjangka.
Semua itu sudah tersurat sejak
azali lagi. Apa yang aku kesalkan, aku tidak sempat memohon kemaafan pada
mereka. Aku takut memikirkan kehidupanku dan adik-adik selepas ini. Dapat ke
kami hidup tanpa orang tua kami?
Bab seterusnya tekan (SINI)
Thursday, May 26, 2016
Adikku Nurzaliza
Nur Zaliza, pemilik nama itu amat istimewa dalam hatiku. Aku menyayanginya melebihi sayangku kepada diriku sendiri. Aku rela korbankan apa sahaja untuknya. Dia benar-benar istimewa dalam hatiku. Terlalu istimewa!
“ Jaja sayang abang…” aku rindu sekali hendak mendengar ucapan itu dari bibir mugilnya. Aku sangat sayangkan satu-satunya adik perempuanku itu.
“ Kenapa mama tidur tutup muka bang?” Tanyanya suatu tika dulu. Dia baru berusia 8 tahun ketika itu. Mama kami meninggal kerana kanser hati. Aku masa itu berumur 15 tahun hanya merintih di dalam hati mendengar pertanyaan adikku. Abang Shamsul dan Zulhelmi hanya membeku di sisi ayah. Memang Jaja rapat denganku, berbanding dengan adik-beradik yang lain.
“ Abang! Kenapa mama tidur tutup muka?” ulangnya.
“ Mama kita dah meninggal dik.” Susah payah aku menjawab, dalam kesedihan ditinggal oleh mama kami dan kepiluan melihat wajah adik kesayanganku.
“ Meninggal tu apa?” Tanya Jaja lagi, nyata dia belum mengerti dengan apa yang terjadi. Dia memang tidak pernah mengalami kehilangan sebelum ini.
“ Mama akan pergi jauh.” Sahut ayah, setelah aku tidak mampu mencari ayat yang sesuai.
“ Jaja nak ikut mama..” tiba-tiba Jaja teresak-esak.
“ Tak boleh Jaja… Jaja kena duduk sini dengan ayah, abang Sham, abang Mizan dengan abang Zul.” Pujuk ayah sambil menyeka air mata. Aku faham perasaan ayah. Ayah amat menyayangi arwah mama.
“ Jaja nak mama…” tangisan Jaja semakin nyaring. Suasana jadi ribut sebentar. Ketika Jaja meluru hendak mendapatkan jenazah mama, aku sempat menariknya ke dalam dakapanku. Aku peluk tubuh kecilnya erat-erat. Aku mahu dia tahu yang dia tidak akan berseorangan.
“ Abang ada sayang…. Abang akan jaga Jaja” Pujukku.
“ Siapa yang nak masak untuk Jaja?” tanyanya dalam esak tangisnya.
“ Abang”
“ Siapa nak tidurkan Jaja?”
“ Abang.”
“ Jaja sayang abang…” ucap bibir comel itu.
Aku pilu sekali mengenang nasib kami yang baru kehilangan mama, tempat kami bermanja selama ini. Tapi… adikku Jaja lebih kesihan. Dia terlalu rapat dengan mama kerana dia satu-satunya puteri kami. Sejak peninggalan arwah mama, aku berjanji akan menyayangi Jaja sepenuh hatiku, aku akan menjaga Jaja dari sebarang ancaman. Aku akan menolong ayah membesarkannya.
“ Abang Mizan…Jaja nak kahwin!” aku tersentak mendengar kata-kata Jaja. Tidak tertelan rasa roti yang aku makan. Jaja memang aku bawa tinggal bersamaku di rumah dua tingkat yang aku beli itu. Abang Sham sudah berkeluarga dan Zulhelmi duduk menyewa bersama kawan-kawan di kota. Ayah pula… hampir 4 tahun yang lalu menuruti mama menemui Ilahi.
“ Hei… betul ke ni Jaja? Jaja kan masih kecil.” Ujarku antara percaya atau tidak. Aku lihat Jaja ketawa geli hati.
“ Abang je yang rasa Jaja ni masih budak kecil. Jaja dah berumur 24 tahunlah bang.. abang tu.. umur dah lanjut. Tak kahwin-kahwin jugak.” Sekali lagi aku tersentak mendengar celoteh Jaja. Aku tersenyum sendiri. Betapa aku tidak sedar, adikku ini sudah membesar dan menjadi seoarang gadis yang cantik manis. Aku rasa… Jaja adikku ini adalah gadis yang paling cantik yang pernah aku lihat, wajahnya persis wajah arwah mama. Kata-kata Jaja mengingatkan aku kepada umur aku sendiri, tidak sedar aku telah berusia 31 tahun.
“ Betul ke apa yang Jaja cakap ni? Betul Jaja nak kahwin?” tanyaku serius. Aku sangat risaukan dia. Aku tidak mahu dia membuat pilihan yang salah. Aku paling takut hatinya terluka. Aku tidak mahu melihat dia terluka walaupun sedikitpun.
“ Betul bang…” jawabnya dengan wajah yang merona kemerahan.
“ Siapa lelaki tu?” tanyaku pantas.
“ Azman… kami kenal sejak di kampus lagi bang.. bang… sekarang dia bekerja sebagai Jurutera di Syarikat kita.” Jelas Jaja. Aku nampak dia ragu-ragu memberitahuku, mungkin dia takut aku tidak suka dan terus membuang Azman dari syarikat kami. Aku cuba mengingati wajah Azman. Setahuku… Azman yang aku kenal seorang yang pendiam dan bersungguh-sungguh dalam kerja. Bagaimana jejaka pendiam seperti Azman dapat memikat adikku yang nakal itu? aku tersenyum sendiri.
“ Abang..” aku sedikit terkejut mendengar sapaan itu.
“ Abang setuju ke tak?” Tanya Jaja lambat-lambat. Aku sengaja mendiamkan diri sengaja menguji Jaja.
“ Abang.. Jaja sayangkan Azman, bang..” hatiku sedikit terusik mendengar luahannya. Aku sedikit cemburu kerana aku akan berkongsi adik kesayanganku dengan lelaki lain.
“ Jaja sayangkan dia lebih dari Jaja sayang abang?” tanyaku sekadar menguji. Aku lihat Jaja mengetap bibir. Tiba-tiba air matanya mengalir perlahan di pipi gebunya. Aku pantas menyeka air jernih itu. Aku tidak sanggup melihat air mata menodai pipinya.
“ Abang…tidak ada seorang pun dapat tandingi sayang abang di hati Jaja. Kalau abang tak suka Azman jadi suami Jaja, Jaja akan tolak lamaran dia. Biar apapun yang terjadi, abang tetap nombor satu dalam hati Jaja.” Luahnya menahan sebak, aku juga berkongsi perasaan yang sama.
“ Adik abang sudah besar…abang izinkan Jaja kahwin dengan dia. Dengan syarat…” aku terhenti seketika.
“ Apa bang?” Tanya Jaja, aku tahu dia berdebar-debar. Aku hanya tersenyum.
“ Jaja dengan Azman mesti duduk dengan abang dalam rumah ni.” Putusku. Jaja melepaskan nafas lega dan tersenyum. Dia memelukku, aku kucup ubun-ubunnya dengan setulus kasih seorang abang.
“ Abang pun… kahwinlah jugak. Abang tu…sepatutnya dah ada anak dua tiga orang tau. Abang kahwin sama dengan hari kahwin Jaja ye…” aku tertawa mendengar omelannya.
“ Abang kan dah ada anak… Jaja nikan anak sulong abang… dari kecil lagi abang yang besarkan Jaja.” Jaja pula tergelak.
“ Yelah tu… Jaja ni anak abang….anak sulong abang.. tapi Jaja nak adik-adik.. Jaja tak ada adik..” ucapnya nakal. Aku menghadiahkan cubitan kecil di pipinya.
“ Abang nak kahwin dengan siapa?” tanyaku pura-pura tidak punya calon.
“ Alah.. macamlah orang tak tau..dia tengah dok asyik masyuk bercinta dengan kak Azah kat pejabat tu… abang kahwin ye…” Pujuk Jaja dengan nada manja. Dia memang manja.
“ Hmmm…. Abang akan kahwin. Tapi….selepas setengah tahun Jaja kahwin.” Balasku. Jaja melompat keriangan, seronok benar dia mendengar persetujuanku.
“ Eh! Macam ni ke rupa orang dah nak kahwin? Perangai macam budak-budak lagi.” Wajah Jaja merona kemerahan mendengar usikanku.
“ Abang ni…” ucapnya manja, sambil merebahkan kepalanya ke pangkuanku. Aku usap rambutnya penuh kasih sayang, macam usapan seorang ayah kepada anak tersayang. Tanpa dia sendiri sedari, aku sudah menganggapnya seperti anakku sendiri.
Tidak dapat aku gambarkan perasaanku ketika melihat adikku tersenyum bahagia di atas pelamin. Wajahnya yang sememangnya cantik mengundang pujian dari tetamu yang hadir, ditambah lagi wajah kacak satu-satunya adik ipar lelakiku. Mereka laksana raja dan permaisuri yang sedang bersemayam di singgahsana.
Aku menahan sebak melihat Jaja adikku di atas pelamin. Ketika aku bersalaman dengannya, Jaja memelukku erat sambil teresak kecil. Aku pujuk dirinya agar tidak bersedih kerana aku tetap sayangkannya, walaupun dia milik lelaki lain.
Aku berkahwin jugak dengan Azah, gadis yang aku cintai. Walaupun tidak semekar kasihku terhadap adikku Jaja. Ketika itu Jaja sudah berbadan dua. Bukan main gembira aku ketika mendapat perkahabaran yang Jaja adikku sudah berbadan dua, kalah Azman. Aku pulak yang menjerit sakan. Jaja hanya tersenyum manis melihat kegembiraanku di samping suaminya. Aku begitu gembira apabila mendapat tahu aku akan menjadi pak cik kepada anak Jaja. Anak-anaknya nanti akan memanggilku ayah. Aku nak anak dia nanti menganggapku seperti ayah sendiri.
Aku tahu… Azah agak terabai ketika itu kerana aku melebihkan perhatian kepada adikku. Bukan aku sengaja melebihkan Jaja, tapi…dalam keadaan Jaja berbadan dua, Jaja perlukan perhatian. Azman seorang tidak akan mampu kerana Jaja mengalami alahan yang teruk ketika mengandung. Jaja tidak lagi dapat ke pejabat kerana rasa pening dan loya. Aku kesihan melihat adikku, Azmanpun aku tengok semakin kerap menemani Jaja.
Aku harap Azah faham keadaanku. Aku amat bimbangkan adikku Jaja. Lagipun..dari awal lagi aku sudah berterus terang kepada Azah yang aku lebih menyayangi Jaja lebih dari segala-galanya. Pada mulanya Azah nampak bertolak ansur denganku, Cuma sejak akhir-akhir ini dia mula merungut dan sesekali aku dapat mengesan cebikan di bibirnya melihat aku melebihkan Jaja.
“ Kenapa kakak tolak Jaja?” aku terdengar suara nyaring Azman ketika baru memulas tombol pintu rumah. Aku terkejut sekali. Seingatku tidak pernah Azman bersuara nyaring begitu.
“ Kerana dia abang Mizan sisihkan aku. Aku memang tak sukakan Jaja..” tersentap hatiku mendengar kata-kata panas yang keluar dari mulut isteriku sendiri. Tidakku sangka selama ini dia menyimpan dendam terhadap adikku.
Tiba-tiba aku terdengar suara halus mengerang kesakitan.
“ Abang…” bergegar lututku mendengar suara itu. Jaja! Spontan aku melangkah pantas ke ruang tamu. Aku terkejut melihat Jaja tebaring di dalam pangkuan Azman. Aku berlari pantas mendapatkan mereka.
“ Kenapa ni Azman?” tanyaku panic.
“ Abang Mizan….” Jaja memanggilku lemah. Aku tambah panic melihat darah mengalir di betis adikku, Azman pun nampak cemas.
“ Kita bawa Jaja ke hospital..” aku berteriak kecil. Azman segera mengendong tubuh kecil adikku. Aku duduk di tempat duduk belakang sambil memangku kepala adikku. Aku menangis melihat keadaannya yang kesakitan. Selama ini aku tidak pernah membiarkan dia kesakitan, tetapi sekarang….
“ Siapa buat Jaja macam ni Man?” tanyaku. Azman yang sedang memandu teresak kecil melihat Jaja. Aku tahu Azman sangat sayangkan Jaja.
“ Kak Azah bang…dia tolak Jaja dari tangga..” membara hatiku mendengar pernyataan itu.
“ Perempuan sial…” marahku. Kalau diikutkan hati, sekarang jugak aku hendak membunuh Azah kerana menyakiti adikku.
“ Bang Mizan…. Tolong jaga anak Jaja bang… tolong bang…” aku terkejut mendengar kata-kata adikku.
“ Apa Jaja cakapkan ni… nanti kita jaga sama-sama…” ucapku menahan rasa. Air mataku usah dikira lebatnya.
“ Bang…tolong bang…” pohon adikku. Aku hanya angguk. Azman tersedu-sedu di depan. Tidak ketentuan kelajuan kereta yang dipandunya.
“ Jaja sayangkan bang Mizan,.. sangat sayang… bang Man… Jaja cintakan abang…” ucap Jaja. Aku dan Azman tidak segan silu menangis. Azman menoleh ke belakang memandang isterinya di pengkuanku.
“ Abang cintakan Jaja..” ucap Azman.
“ Man…. Kat depan tu….” Teriakku apabila melihat lori balak begitu hampir dengan kereta kami. Azman cuba mengawal stereng. Kereta yang kami naiki tidak tentu arah… aku cemas di belakang.
“ Ya Allah…” aku sempat menangkap suara Jaja berbisik halus. Selepas itu aku merasa kesakitan yang amat sangat di kepalaku sebelum pandanganku gelap.
Sebaik tersedar aku terus teringatkan Jaja dan Azman. Aku cuba bangun walaupun kesakitan mengusai kepalaku.
“ En. Mizan tak boleh bangun dulu.” Ucap satu suara di sebelah kananku. Aku tahu, dia jururawat yang bertugas mengawasiku.
“ Saya nak jumpa adik saya.” Tegasku.
“ Adik encik dalam bilik ICU..” terangnya.
“ Saya nak jumpa dia…” tegasku lagi. Walau apapun yang terjadi aku mahu menemani Jaja. Aku mahu Jaja rasa selamat di sebelahku. Aku tidak mahu lain, aku hanya mahukan adikku. Aku akan lindungi dia.
“ Nurse… bawa pesakit ni ke bilik sebelah..” arah seorang doctor yang baru muncul di depan pintu. Jururawat itu membantu aku duduk di kerusi roda yang disediakan.
“ Azman….” Bergetar suaraku menyebut nama adik iparku itu. dia nampak teruk sekali. Aku toleh ke arah wajah doctor yang merawat Azman, dia menggeleng kepadaku. Aku tahu, Azman diberi peluang untuk bercakap untuk kali yang terakhir. Doctor itu dan beberapa jururawat di situ meninggalkan kami.
“ Man….” Aku memanggil namanya perlahan. Azman berusaha membuka matanya. Setitik dua air mataku mengalir melihat keadaan adik iparku itu. Tidak salah Jaja memilihnya menjadi suami.
“ Bang Mizan.. tolong jaga anak kami bang… tolong ye bang…” pohonnya. Aku angguk kepala. Walaupun Azman tidak meminta begitupun aku akan menjaga anak itu.
“ Abang mesti janji..” ucap Azman lagi.
“ Abang Janji Man..” balasku. Azman tersenyum senang. Aku panic melihat reaksi wajahnya.
“ Man…mengucap Man….” Bisikku ke telinganya. Aku membisikkan dua kalimah syahadah ke telinganya. Aku lihat bibirnya mengikut setiap bisikan syahadah itu. Selepas itu dadanya tidak lagi berombak. Aku terduduk di situ. Aku berteriak memanggil doctor dan jururawat di situ. Azman telah pergi… bagaimana dengan adikku?
“ Adik saya nurse?” aku bertanya kepada jururawat yang menyorongku ke bilik Azman sebentar tadi.
“ Maaf cik…. Adik cik dah tak ada…” balasnya perlahan. Aku menjerit di situ. Hatiku bagai dihiris halus. Kenapa satu persatu orang kesayanganku meninggalkan aku? Sukar untuk aku menerima hakikat itu.
“ Kami hanya berjaya menyelamatkan anak-anaknya..” sapa satu suara. Aku mendongak memandang pemilik suara itu.
“ Anak-anak?” tanyaku terkejut.
“ Hmmm..anak-anak mereka. Adik encik sempat melahirkan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan sebelum meninggal.” Jelas doctor itu lagi.
Aku meluru tanpa mempedulikan kesakitan di kakiku ke arah bilik yang menempatkan anak- anak adikku. Aku pandang wajah-wajah anak yang telah menjadi yatim piatu itu. Aku berjanji kepada diriku sendiri yang aku akan melindungi mereka seperti aku melindungi arwah ibu mereka sebelum ini.
“ Ayah… cepatlah… kita dah lambat ni..” jeritan halus Jaja menghilangkan lamunanku. Aku kesat air mata yang mengalir di pipi, aku malu kalau anak-anakku nampak nanti.
“ Kenapa anak ayah ni jerit-jerit.. orang perempuan tak elok jerit-jerit tau.” Nasihatku sambil menarik anak gadisku yang berusia 6 tahun itu ke dalam pelukanku.
“ Ayah cakap kita nak ziarah kubur arwah ibu dengan arwah abah… kita dah lewat ni…” celah pulak Jiji. Anak bujangku itu menarik muncung, aku tersenyum kepada anak-anakku itu. kedua-duanya aku dakap. Anak-anak kecil yang seiras wajah arwah Jaja dan arwah Azman itu petah berkata.
“ Ayah minta maaflah sayang…. ayah teringatkan arwah ibu dengan arwah abah… jaja dengan Jiji..” kedua-dua anakku terdiam. Aku dapat mengesan kerinduan di mata mereka. Rindu kepada arwah ibu dan arwah abah mereka yang tidak sempat memberikan kasih sayang kepada mereka. Aku menahan pilu. Anak-anakku Aziman dan Amiza anak-anak yang baik. Jarang sekali mereka membuat perangai.
“ Ayah… kami nak dapat adik ye…” Tanya Jaja. Aku angguk perlahan, mungkin dia teringatkan mamanya sekarang yang sedang sarat mengandung.
“ Tentu ayah dah tak sayang kami lagi.” Jiji pulak bersuara. Aku mendakap mereka erat. Tentu mereka akan merasa kehilangan kasih sayangku.
“ Jaja dengan Jijikan anak ayah dengan mama.. takkan ayah dengan mama tak sayang Jaja dengan Jiji…” sapa suara lembut isteriku. Aku berpaling kepadanya. Selepas bercerai dengan Azah, aku berkahwin dengan Maisarah. Adik kepada arwah Azman. Dia jugak sayangkan Jaja dan Jiji seperti anak kami sendiri.
“ Betul cakap mama tu…. Biar apa pun terjadi…ayah dengan mama sangat sayangkan Jiji dengan Jaja. Jaja dengan Jiji anak kami.” Ucapku meyakinkan mereka. Kedua-dua anakku mendakapku erat.
“ Jomlah… yah..kita pergi sekarang…” ajak Jiji sambil menarik tanganku.
“ Tak nak salam dengan mama dulu?” kedua-dua anakku berlari kea rah isteriku. Selepas menerima kucupan mereka,mereka kembali ke arahku.
Isteriku menghampiri kami perlahan-lahan. Aku tahu, kalau diikutkan hati dia ingin turut sama dengan kami. Tapi…keadaannya yang sedang sarat membataskan pergerakannya.
“ Jaga diri baik-baik ye bang..jaga anak-anak kita..” pesan isteriku. Aku tersenyum kepadanya.
“ Mai pun… jaga diri. Jaga baby baik-baik…kalau ada apa-apa, cepat-cepat call abang dan panggil mak Tam”pesanku sambil menghadiahkan kucupan di dahi isteri tercinta.
Aku melemparkan pandangan sekali lagi ke pusara adik kesayanganku. Semoga dirimu dan Azman berbahagia bersemadi di Sana. Semoga kamu berdua di tempatkan di kalangan muslimin dan muslimah yang soleh..Note: Salam.. ni antara cerpen2 lama lc. cerpen berkurun kot.
Tuesday, May 24, 2016
Abang Bukan Pondan
Ketika aku mengambil
keputusan untuk menerima lamaran abang, ramai yang menentang. Mereka cakap...
abang tak layak untuk aku. Abang tak mampu lindungi aku. Abang takkan mampu
membahagiakan aku. Mereka cakap.. mereka cakap... abang pondan.
Abang pondan? Soalan itu
sentiasa berlegar menghantui fikiran aku. Abang yang aku kenal... lemah lembut.
Ya... dulu…memanglah dia terlebih feminin. Tapi, dia dah berubah. Dia dah tukar
imej rambut panjang dia. Cuma… mungkin
cara berjalan dia yang kekal lembut sehingga digelar pondan. Tapi, dia baik.
Dia faham perasaan aku. Dia ambil berat tentang aku. Dia kawan aku. Dia sahabat
aku. Dialah orang yang paling mengenali aku. Abang memang lembut. Tapi... dia
bukan pondan.
“Kau langkah mayat aku dulu
sebelum kau kahwin dengan dia. Apa kau pandang kat dia? Kacak? Hei... aku boleh
cari yang lebih kacak dari dia.” Bentak along.
Aku terdiam sambil memandang
wajah emak. Hanya emak yang menerima keputusan aku dengan hati terbuka. Mak
cakap, dia tidak memandang abang dari luaran. Tapi... dia memandang dari sudut
peribadi lelaki itu. Ya... aku sependapat dengan emak. Abang tidak seperti
lelaki lain. Dia istimewa. Sangat istimewa.
“Along... siapa yang nak
kahwin sekarang? Kau ke adik?” Bidas emak.
“Ya mak... memang adik yang
nak kahwin. Tapi mak... cuba mak fikir, mana kita nak letak muka kalau adik
jadi dengan si pondan tu.” Emak mengucap panjang mendengar ucapan along. Aku
apatah lagi. Rasa nak menitis air mataku mendengar along menghina abang.
“Siapa ajar kau menghina
orang ni long? Siapa ajar? Dia baik long.” Emak masih membela abang.
“Mak... betul apa along cakap
tu mak. Nanti... orang akan pandang serong pada adik dan keluarga kita. Mereka
akan cakap adik macam terdesak sangat sampaikan sanggup kahwin dengan pondan.”
Celah angah. Sekali lagi emak mengucap panjang. Aku hanya memerhati dan
mendengar mereka bertingkah.
“Mak sedih tau.. dengar semua
ni dari mulut anak-anak mak. Mak rasa mak dah gagal mendidik korang.” Luah emak
nampak kesal.
Along dan angah cepat-cepat meluru dan melutut
memeluk kaki emak. Mereka teresak kecil.
“Ampunkan kami mak. Kami tak
bermaksud nak buat mak sedih.” Pohon along.
“Ya mak. Jangan sedih mak...
jangan buat kami jadi anak derhaka.” Ucap pulak angah dengan esakan kecil. Emak
melabuhkan punggung ke sofa. Along dan angah masih mendongak menunggu kata maaf
dari emak. Tapi, emak hanya diam. Along dan angah berbalas pandang.
“Mak... ampunkan kami. Kami
janji takkan menentang keputusan adik nak kahwin dengan lelaki tu. Mak... kami
ikut je. Janji mak tak sedih. Kami ikut je mak.” Esak along.
Emak memegang bahu along dan
angah. Dia menarik along dan angah ke dalam pelukan. Menggogoi along dan angah
menangis di bahu emak. Aku turut menumpahkan air mata.
“Dia baik long.. angah... mak
yakin dia boleh bahagiakan adik.”ucap emak. Keyakinan emak adalah semangat aku
meneruskan keputusan aku menerima abang. Abang.. Dura sayang abang
****
“Terima kasih sayang...
terima kasih kerana sudi terima abang. I love you.” Bisik abang di telingaku.
Aku tersenyum bahagia
mendengar ucapannya. Ucapan lelaki yang baru sejam lalu menjadi suamiku.
Akhirnya… jodoh aku dan abang diikat dengan ijab dan Kabul. Berwalikan along
yang pada mulanya menentang.
Aku tahu… separuh hatinya
tidak rela aku bersuamikan abang. Aku akan buktikan yang abang memang pilihan
terbaik untuk aku. Dia suami yang akan membimbing aku ke jalan yang diredhai.
InsyaALLAH..
“Kenapa diam hmm?” soalnya.
Wajahku masih panas melihat
senyuman manis dia. Betapa kacaknya dia dalam persalinan baju melayu putih. Aku
tidak peduli dengan pandangan ahli keluargaku. Tidak peduli dengan bisik-bisik
kawan-kawanku. Janji aku tahu, hanya abang pilihan terbaik untuk aku. Abang dah
banyak berkorban untuk aku.
“Hmm… thanks abang, thanks
sebab sudi jadi suami Dura.” Ucapku perlahan. Abang mencapai tanganku lembut
dan dikucup perlahan.
“Kita ucap terima kasih.. dia
pun ikut sama. Apa-apa je lah isteri Sauqi ni…” usiknya dengan gelak kecil. Aku
turut tergelak sama. Sempat aku hadiahkan cubitan kecil di lengannya.
“Aww.. ops…” dia menutup
mulutnya. Dia mengaduh sakit.
Aku hanya senyum meleret.
Kalau spontan macam ni, memang keluarlah gaya lembut dia tu. Aku sudah terbiasa
begitu. Dia tu je ha.. nak control macholah kononnya. Macholah sangat.
“Abang tak payah control
macho lah bang… Dura tak kisah pun. Walau macam mana pun abang… Dura tetap
sayang dan cinta abang sorang je.. Dura..” Aku terdiam sambil menutup mulut.
Aduh... terlepas cakap la pulak. Dia sengih lebar.
“Wah.. bestnyer dengar isteri
abang ni lafazkan kata cinta. Abang sayang dan cinta Dura kuasa dualah kalau
macam ni.” Usiknya mencuit daguku. Wajahku rasa panas je. Abang ni…
“Esok majlis sanding kita.
Hmm… abang kena gerak sekarang sayang. Pak Su dan Mak Su dah tunggu tu.”
Ucapnya.
Hatiku berat melepaskan dia
walaupun esok kami akan berjumpa lagi. Rasa tidak puas berbual dengan lelaki
yang telah mengangkat darjatku menjadi isterinya.
“Hmm.. okeylah bang. Drive
carefully. Dura sayang abang.” Ucapku sambil mencapai tangannya. Tangan lelaki
itu aku kucup lembut. Ketika aku mengangkat kepala memandangnya. Dia mengucup
dahiku syahdu. Alah… indahnya saat ini.
***
“Qiqi… jomlah lepak… malam ni
Rizky ada lumba kereta. Dia nak I tengok sekali.”
Qiqi diam saja bila aku ajak
dia menonton Rizky berlumba kereta malam ni. Biasanya, dia akan mengekori aku
ke mana saja. Dia tu… dah macam bayang-bayang aku. Cuma kalau keluar makan je
aku berdua dengan Rizky. Rizky memang anti sangat dengan si Qiqi ni. Tapi.. ada
aku kisah?
“Qiqi..” Rengekku melihat
Qiqi masih membelek failnya. Entah ia ke tidak sibuk buat assignment.
Entah-entah buat-buat sibuk.
“Qiqi..” Bentakku.
“Ha… Nape perempuan? Dari
tadi memekik. Aku busylah. Kau tak payah tengoklah malam ni. Stay dengan aku
je. Tolong aku buat assignment kita ni.” Balasnya.
Aku mencebik. Sejak couple
dengan Rizky. Baru aku merasa apa itu kebebasan sebenar. Sejak aku kecil lagi
aku dikongkong oleh emakku termasuk abang-abang. Itu tak boleh, ini tak boleh,
sebab itu peluang duduk di kampus ni aku gunakan sebaik mungkin.
“Kau ni Qiqi.. tak boleh
harap. Tak pe… kalau kau tak nak ikut aku… aku pergi berdua je dengan Rizky.”
Ugutku. Qiqi mengerutkan dahi.
“Kau jangan Dura… Rizky tu
tak sebaik yang kau sangka..” keras aje suara Qiqi memberi amaran.
“Alah... kau je yang fikir macam
tu. Dia okey apa. Selama ni, dia okey je. Tak apalah, kalau kau tak nak ikut.
Aku pergi dengan dia je.” Ucapku. Aku yakin dia takkan lepaskan aku pergi
berdua dengan Rizky. Entah apa yang dia takutkan sangat. Rizky tu baik apa.
Cuma, yelah… suka berlumba je.
***
Melihat je Qiqi disebelah
aku, mulalah si Rizky ni tarik muka. Anti sangat dengan si Qiqi ni. Aku ingat
lagi pertama kali kami keluar bersama, dia memang perli habis.
‘Eh! Tak sangka dia ni pakej
sekali dengan awak ye.’ Ayat pedas yang aku akan ingat sampai bila-bila.
“Betul ke awak nak lumba
malam ni? Kan ni kawasan diaorang. Awak jangan bual hal wak…” Aku menyuarakan
kerisauan aku. Hatiku cuak melihat gelagat orang ramai disitu. Terasa menyesal
pulak setuju dengan ajakan Rizky semalam.
“Relax k. Ini Rizkylah… awak
duduk diam-diam dengan ‘kembar’ awak tu.. saya nak jumpa Ray jab.” Rizky
berlalu. Aku melangkah ke arah Qiqi. Muka Qiqi cemas semacam je.
“Kau tak risau ke Dura? Lain
macam je aku tengok diaorang ni. Ni first time kan Riz lawan dengan Ray tu? Kau
tengok tu… sekejab-sekejab diaorang pandang sini. Seram mak..” luah Qiqi.
Aku hanya jongket bahu,
pura-pura tenang. Aku tidak kenal sangat kawan-kawan si Rizky ni. Dia ni…
banyak member. Hanya dua tiga orang je aku kenal muka.
“Okey..diaorang nak start dah
tu… jom pergi ke depan tu.” Qiqi menarik tanganku, mengajakku bangkit. Aku
mengekori langkahnya. Entah kenapa, hatiku berdebar semacam. Rasa tak sedap
hati.
***
“Kau nak ke mana hah? Malam
ni, kau jadi milik aku.” Pekik suara lelaki dari belakang kami. Aku tidak tahu
ke mana kakiku melangkah. Aku sudah penat berlari diheret Qiqi masuk ke kawasan
semak di tepi jalan. Aku tidak sangka Rizky sanggup buat aku macam ni. Aku
dijadikan taruhan untuk perlumbaan malam ini. Nasib baik Qiqi sempat menarikku
lari. Tapi… mereka masih mengejar kami.
“Qiqi.. aku penat.” Nafasku
rasa semput. Qiqi menarikku ke belukar yang agak tinggi. Tanganku calar bilar
terkena ranting kayu. Kaki aku apatah lagi. Luka-luka dah terasa pedihnya.
“Dura… kau kena kuat. Jangan
mengalah. Nanti kau jadi mangsa. Kau sembunyi sini. Nanti aku alihkan perhatian
diaorang.” Bisik Qiqi.
Aku terpana melihat Qiqi.
Macam mana dengan dia?
“Jangan Qiqi… kita sama-sama
sembunyi kat sini. Aku tak nak kau jadi mangsa.” Esakku.
“Syus.. Jangan nangis. Jangan
bising. Nanti diaorang tau kita kat sini.” Pujuk Qiqi.
Aku menyebam wajahku ke
dadanya menahan tangis. Buat pertama kali, aku berasa selamat di sisinya. Dia
memeluk bahuku, menenangkan aku.
“Jangan tinggalkan aku Qiqi…
aku takut.” Esakku.
Qiqi mengusap lembut
kepalaku.
“Aku takkan tinggalkan kau.”
“Janji?”
“Janji. Aku takkan tinggalkan
kau. Selagi aku ada.. aku takkan biarkan mereka apa-apakan kau. Kau duduk sini
diam-diam. Walau apapun berlaku… jangan keluar sehingga mereka jauh dari sini.
Janji dengan aku.” Tegasnya menikam pandangan ke anak mataku.
“Tapi.. kau..”
“ Janji dengan aku Dura.
Janji dengan aku, kau takkan keluar dari sini walau apapun yang berlaku.” Qiqi
menggengam erat tanganku.
Aku hanya mampu mengangguk
dengan esakan yang tertahan. Qiqi
***
“Qiqi...” Sedaya upaya aku
merangkak menghampiri tubuhnya yang sudah terbaring berlumuran darah.
“Qiqi..” panggilku. Tapi…
tiada sahutan.
Tubuh kaku itu aku tarik ke
dalam pelukan. Aku tidak peduli lagi. Biarlah samseng-samseng kurang ajar itu
kembali ke situ menangkap aku untuk memuaskan nafsu binatang mereka. Aku tidak
peduli. Aku mahu Qiqi bangun. Aku mahu Qiqi selamat.
“Kau jahat Qiqi.. kau janji
takkan tinggalkan aku. Tapi… sekarang kau nak tinggalkan aku. Aku takut Qiqi…
aku takut…” Aku rasa hendak meraung. Dadanya aku pukul. Tiba-tiba badan itu
bergerak sedikit. Hatiku berbunga harapan. Kepalanya aku pangku.
“Qiqi..” Panggilku.
“Dura… kenapa kau keluar?”
Tanya dengan suara lemah.
“Aku tak sanggup kehilangan
kau Qiqi. Qiqi… aku takut kehilangan kau.” Tangisku di dadanya. Qiqi mengengam
erat tanganku.
“Sakit Dura.. sakit.” Aku
mengangkat kepalaku dari dadanya. Tanganku bergetar melihat darah membuak dari
dadanya.
“Apa patut aku buat Qiqi?”
aku panic melihat wajahnya berkerut menahan kesakitan.
“Call Amin. Handphone aku kat
dalam poket aku.” Ucapnya dengan suara yang main lemah.
“Qiqi..” Aku menyeluk poket
seluar Qiqi. Mencari handphone dia. Handphone aku entah ke mana hilang.
“Hello.. Sauqi..” Sahut suara
itu.
“Amin.. tolong kami.. Qiqi
kena tikam. Tolong Amin…” esakku.
“Korang kat mana?” suara itu
cemas.
***
Nasib baik Amin sempat
menghubungi polis dan ambulance datang ke situ. Kami dibawa ke hospital tidak
jauh dari situ. Qiqi dibawa ke wad kecemasan. Luka di dadanya agak dalam.
Badannya penuh dengan lebam akibat dipukul oleh Ray dan kawan-kawannya. Mereka
telah di tangkap sehari kemudian. Cuma Rizky dapat melarikan diri. Tembelang
Rizky juga sudah pecah. Rupa-rupanya dia bukan student tempat kami belajar. Dia
menyamar jadi pelajar hanya untuk mengorat gadis-gadis sepertiku. Syukur juga
aku terselamat dari menjadi mangsa dia.
Emak datang dari kampung
hanya mampu tergeleng. Nasib baik along kat Dubai. Dia outstation enam bulan
kat sana. Angah pulak bertugas di Sarawak. Kalau tidak... memang teruk aku kena
dengan diaorang. Mak pun tak kasi bagitau diaorang.
Tapi… Qiqi belum sedar.
Menurut doctor, dia masih koma. Aku hanya mampu menangis dengan rasa bersalah
yang amat. Pak Su dan Mak Su Qiqi dari kampung datang sebaik dikhabarkan berita
itu.
Nasib baik mereka tidak
menyalahkan aku dengan apa yang berlaku. Aku janji aku akan jaga Qiqi. Ketika
dia masih koma, aku dan Mak Su bergilir menunggu di luar bilik ICU. Ketika kami
exam. Dua minggu aku tidak dapat ke hospital. Mujur Mak Su faham.
Habis je exam terakhir, aku
bergegas ke hospital. Aku mencari Qiqi di bilik ICU. Tapi, Qiqi tiada di situ.
Menurut petugas di situ, Qiqi sudah dipindahkan
ke wad biasa dua hari yang lalu. Mungkin Mak Su tak sempat beritahu aku.
Maklumlah, aku exam. Tak nak mengganggu kot.
Aku memulas pintu wad dengan
hati-hati. Bimbang penghuni di situ terganggu. Mak Su tengah berbual dengan
pesakit lain. Aku melangkah ke arah Mak Su. Sebaik tiba di depan Mak Su, aku
menghulurkan tangan bersalaman dan mengucup tangan orang tua itu.
“Dura minta maaf lama tak
datang. Dura baru habis exam tadi. Mana Qiqi mak Su?” Tanyaku.
Aku buat tidak nampak bila
pesakit di sebelah mak Su memandangku. Entah apa yang dia pandang. Mungkin… dia
hairan melihat wajah pucat aku dengan mata kuyu. Mungkin dia ingat aku ni
zombie kampong pisang kot. Dua minggu ni tak cukup tidur, study. Kesihan Qiqi,
dia tak dapat nak ambil exam. Nasib baik Ketua Program cakap, Qiqi boleh ambil
exam berasingan lepas keluar hospital.
“Dura tak kenal Qiqi lagi?”
Tanya Mak Su. Aku mengerutkan kening.
“Eh.. takkan tak kenal. Mana
dia Mak Su? Dia jumpa doctor ye? Dia sihat kan?” Tanyaku kehairanan.
“Dura..” Panggil suara lelaki
itu. Aku mengerutkan dahi dan pantas menoleh ke arah lelaki yang dari tadi
memandangku.
“Qi…qi..?” Suaraku
tersekat-sekat. Lelaki itu menarik senyum. Senyum itu… ya.. senyuman Qiqi…
tiba-tiba tawaku meletus. Wajah Qiqi dan Mak Su serentak berkerut. Berair
mataku ketawa.
“Kenapa kau gelak?”
“Kau hensem sangat macam ni
Qiqi… nyaris-nyaris aku nak jatuh cinta tadi.” Gurauku dengan sisa gelak.
Terasa lucu pulak tengok dia macam tu. Mak Su dan Qiqi turut tergelak sama.
“Kalau betul-betul jatuh
cinta pun tak apa…” Usik Mak Su. Dia meminta diri dari situ memberi ruang dan
peluang kami berdua berbual. Aku rasa kekok pulak berbual dengan dia dengan
rambut yang pendek. Malu mak…
“Kenapa kau macam malu-malu
je dengan aku?” Tanya Qiqi. Aku cuba buat-buat biasa. Tapi… boleh ke? Huhuhu.
Hiys.... macam lain je.
“Rasa pelik.”
“Hah? Pelik? Pelik yang macam
mana?” Tanyanya. Dia masih merenungku membuatkan aku tertunduk. Adoiyai… kenapa
tiba-tiba aku rasa malu-malu miaw pulak ni?
“Selama ni… tengok kau dengan
rambut ayu kau. Hehehe…” Aku gelak lagi. Qiqi turut tergelak sama.
“Aku rasa… sampai masanya aku
berubah. Bila pisau tu terpacak kat dada aku.. aku rasa ajal aku dah dekat. Aku
takut tak sempat nak taubat. Tapi... lepas tu kau datang. Aku rasa Tuhan masih
bagi aku peluang untuk hidup. DIA bagi peluang untuk aku jaga kau. Aku nak berubah
Dura. Aku tak nak jadi Qiqi lagi.“ Tegas Qiqi.
“Habis… aku nak panggil kau
apa? Qiqi ke.. Sauqi?” Tanyaku.
“Panggil apa-apa je lah.
Tapi… aku suka kau panggil aku abang. Aku kan tua setahun dari kau.” Ucap Qiqi.
Eh! Sauqi.
***
“Apa senyum-senyum ni?” Tanya
suara itu. Aku memalingkan wajah ke sisi, menghadap wajah kacak itu. Lelaki
yang sudah hampir tiga bulan menjadi suamiku itu. Alhamdulillah… setakat ini..
Semuanya baik-baik saja. Baik along atau angah… mereka nampaknya sudah boleh
menerima suamiku.
“Teringat kisah kita
dulu-dulu.” Beritahuku. Sedar tak sedar… sudah dua tahun kami habis study. Dah
dua tahun juga aku kerja kat LL Construction. Mujur lepas praktikal kat situ,
aku terus diserap bekerja di situ. Memang rezeki aku murah sangat.
Abang pulak kerja kat KK
Holding. Dia ditawarkan kerja kat situ lepas syarikat tu tertarik dengan reka
bentuk bangunan yang dia buat time pertandingan mereka bentuk bangunan
komersial. Sebelum habis study lagi.. syarikat tu dah tunggu dia. Memang
berbaloi-baloi usaha dia ketika belajar.
“Janganlah ingat lagi citer
lama k. Malu abang tau.” Entah apa yang dia cakapkan sebelumnya. Hanya sebaris
itu yang aku dapat tangkap. Aku masih belum puas mengusiknya.
“Qiqi…” usikku. Wajah suamiku
merona merah.
“Nakal..” tanpa amaran dia
menarik hidungku. Puas aku menepis, baru dia melepaskan. Aku mengurut hidungku
dengan rasa tidak puas hati.
“Alololo…
sayang isteri abang ni… jangan buat muka macam tu… tak comel dah..” Pujuknya.
Bahuku dipeluk lembut.
Aku tersenyum. Dia memang
pandai memujukku. Tidak sangka… aku boleh jatuh cinta dengan lelaki ini.
“Abang… baby teringin nak
makan pengat pisang.. ” rengekku. Sengaja hendak bermanja dengan dia.
“Ni… baby ke Dura yang nak
ni?” Usiknya tersenyum manis. Sejak aku disahkan mengandung. Dia memang
memanjakan aku betul-betul. Apa je aku nak, sebolehnya dia bagi. Aku pun...
mengada-ngadalah nak itu ini. Kadang-kadang memang aku sengaja mengambil
kesempatan.
“Nape? Kalau Dura yang nak…
abang tak nak masaklah ye?” Aku menarik muncung berpeluk tubuh sambil berpaling
darinya. Geram je dengan dia ni.
Abang tergelak kecil. Aku
memukul tangannya yang menakal untuk memelukku. Sebaik dapat memelukku, dia
terus menyandandarkan aku ke dadanya. Dia menyangkut dagunya ke bahuku.
Sesekali dia mengucup bahuku. Tangannya mengusap lembut perutku yang masih
kempis.
“Asyik merajuk je mama baby
ni… entah-entah perempuan ni yang…” Ujarnya. Aku masih menahan diri dari
bersuara. Kononnya nak merajuklah ni. Nak tengok… sejauh mana dia nak pujuk.
“Merajuk lagi lah ni… sayang…
abang minta maaf k. Apa je sayang minta…
abang masak. Sayang nak makan apa lagi? Pengat pisang je? Nak sup unta? Sup
kuda?”
Aku tidak dapat menahan
gelakku. Tangannya diperutku aku tampar lembut. Dia turut sama ketawa kecil.
“Ha… macam ni lah baru cute.
Sayang kalau gelak cute sangat tau.” pujinya. Aku mencebik. Dia tu, sengaja nak
jual minyak lah tu..
“Mengada.”
“Betul…” Ucapnya
bersungguh-sungguh.
“Itu belakang kira… Dura
tau.. Dura memang cute sangat… Tapi, sekarang ni.. Dura nak makan pengat
pisang.” Pintaku sudah kecur air liur.
Abang cepat-cepat bangkit.
Dia menghentak kaki dan mengangkat tangan paras telinga. Seperti askar.
“Yes mem..” Jawabnya dan
terus terkocoh-kocoh ke dapur. Aku hanya tergelak kecil. Nasib baik ada pisang
yang kami bawa dari kampung hujung minggu lalu.
***
“Dura...” Aku terkejut
melihat lelaki itu di depanku. Serta merta darahku rasa mengelodak marah. Aku
ingin lari dari situ. Dah dua tahun rasanya aku tidak melihat dia. Sejak dia
lari selepas mempertaruhkan aku pada Ray selepas dia kalah berlumba malam hitam
itu. Dia sempat lari ketika pihak polis menyerbu tempat lumba haram mereka
dulu. Ray dan beberapa orang lagi ditangkap polis atas beberapa kesalahan.
“Dura..” Rizky mencapai
tanganku. Aku terus menepis kasar.
“Jangan pegang-peganglah.”
Marahku. Dia mengangkat tangannya paras dada.
“Okey... okey.. I tak pegang.
You ni sombonglah...” perlinya dengan wajah sinis.
Aku menarik nafas
dalam-dalam. Rasa menyesal pulak merayau ke bahagian pakaian lelaki tanpa abang
tadi. Kononnya nak beli sesuatu untuk dia untuk surprise. Tak sangka pulak
jumpa dengan si Bangang ni.
“Hah! Nak apa?” bentakku. Dia
senyum lagi.
“Kalau you hanya nak
tersengih kat sini... I pergi dulu.” Dia menghalang aku pergi dengan badannya.
Aku menjauh. Geram.
“Ops... ops.. relax dulu. You
ni... tak dapat usik sikit. Hmm... you apa khabar? Lama tak jumpa. Bertahun I
cari you. I betul-betul nak minta maaf pasal hal dulu-dulu tu. I terpaksa
sayang. I merana lepas tu. I betul-betul rindukan you, Dura..”
Sekali
lagi darahku rasa menyirap mendengar kata-katanya. Boleh pulak dia cakap macam
tu?
“You ni gila ke apa?”
“Hahaha... you ni makin
comellah Dura. You dah kahwin?” Aku meluat melihat muka tak malu dia. Dia masih
bersandar sambil merenungku.
“I dah kahwin. Dah lah... I
nak jumpa husband I. Dia dah tunggu I tu.” Aku pantas berlalu.
“I akan dapatkan you balik
Dura... ingat tu. Si Pondan tu tak layak untuk you.” Aku tersentak mendengar
kata-katanya. Macam mana dia tahu? Maknanya... dia cuma nak kepastian lah tadi?
Aku terus berlalu tanpa menoleh lagi. Makin lama aku di situ. Makin sakit hati
aku.
***
“Qiqi.. Qiqi.. jangan
tinggalkan aku.. Qiqi...” Aku menangis teresak-esak melihat Qiqi dibelasah..
“Qiqi..”
“Sayang...” Aku terasa kepalaku
diusap. Aku tergeleng dengan mata yang masih terpejam. Aku tidak berani untuk
mencelikkan mata.
“Qiqi... tolong... jangan
pukul Qiqi...” esakku makin deras.
“Sayang... bangun.. hei..
buka mata tu sayang... abang ada sebelah sayang ni.” Pujuk suara Qiqi. Aku
tergeleng.
“Sayang... sayang mimpi ni..
buka mata ye..” Pujuknya.
Mimpi? Perlahan-lahan aku
mencelikkan mataku. Aku terkebil-kebil melihat abang. Dia mengusap-usap
rambutku sambil berbaring mengiring menghadapku. Aku terus menyebamkan wajah ke
dadanya dengan esakan. Pertemuan semula dengan Rizky siang tadi seakan
mendekatkan semula aku dengan peristiwa hitam itu. Aku betul-betul takut.
“Abang... Dura.. Dura..” Aku
gagal meneruskan kata. Esakanku menguasai ruang.
“Syuss... dah.. jangan
nangis... abang takkan tinggalkan sayang. Abang akan lindungi sayang selagi
abang masih hidup. Abang janji sayang..” bisiknya sambil menepuk-nepuk lembut
lenganku. Aku terus menarik tangannya dan berbaring di lengannya. Dia memeluk
erat tubuhku. Aku rasa selamat di situ.
“Dah... jangan nangis lagi.
Sayang tidur ye.” Mataku makin memberat. Tepukan lembut dia seakan mendodoikan
aku. Abang... terima kasih..
***
“Kau ingat pondan tak mampu
bagi zuriat? Kau tengok si Dura tu... mengandung jugak.” Langkah aku dan emak
terhenti di pintu dapur. Bisik-bisik itu membuatkan aku menitiskan air mata.
Emak pun diam saja sambil mengengam erat tanganku. Aku tidak kisah mereka
menghina aku. Tapi.. jangan hina abang. Abang bukan pondan.
“Sabar je lah Dura. Mak Lang
kau mulut je macam tu...” pujuk emak, berbisik. Aku hanya mampu berdiam diri
memujuk hati.
Abang pulak entah ke mana.
Mungkin memasak di khemah bawah. Kalau ada kenduri kendara saudara mara kami,
memang abang yang akan dicari. Masakan dia sedap. Kalah masakan aku. Kat rumah
tu memang kami dah bahagi tugas. Dia memasak. Aku kemas rumah. Tapi... sejak
mengandung ni, memang dia tak kasi aku banyak gerak. Kerja aku cuma masukkan
pakaian dalam mesin. Sidai dan melipat pakaian. Kerja yang tak mencabar
langsung. Dulu… akulah yang panjat tangga untuk betulkan lampu. Sekarang…
jangan harap. Panjat kerusi nak ambil barang atas almari pun… dia dah bising.
Macam mulut murai berleter.
“Eh.. Dura.. mana isteri..
ops.. suami kau?” Aku geram mendengar pertanyaan mak Lang yang sengaja buat-buat tersasul. Kata-kata itu mengundang marahku.
“Kau ni lang... mulut tu..
jaga sikit.” Tegur emak. Emak nampak kurang senang dengan adik iparnya itu.
Emak tidak ada adik beradik lain. Adik beradik sebelah arwah ayahlah adik
beradik dia.
“Orang tersasullah long...
ha.. mana menantu kak long tu?” Tanya Mak Lang. Memang aku kurang berkenan
dengan mak lang ni. Mulut dia memang tak bertapis lagi.
“Dia ada kat khemah memasak
tu.” Beritahu emak, selamba.
Aku
melabuhkan punggung bersebelahan Mak su. Mencapai pinggan untuk dilap. Kalau
tidak mengenangkan kenduri doa selamat tok abah dan tok umi balik dari
mengerjakan haji, memang aku dah ajak abang balik. Kenduri ni pun… untuk family
kami-kami je. Sebab tu takut pulak saudara mara lain kecil hati, terutama tok
abah dan tok umi.
“Nape dia tak tolong si Shah
dan Mil tu pasang khemah? Nak jugak memasak. Entah apa nasib kau ni Dura...
dapat suami lembut macam tu. Dulu aku nak kenenkan kau dengan abang Yazid
kau... kau tak nak..” leter mak Lang.
“Alang...” Mak Su mencubit
lengan Mak lang. Wajah Mak Su nampak serba salah.
“Alang... kenapa kau ni?
Siapa ajar kau menghina orang macam tu? Aku tak pernah ajar anak aku cakap
macam tu.” Kami tersentak mendengar suara tok abah dari belakang kami. Mak lang
terkulat-kulat. Emak dan Mak Su sama macam aku. Hanya mampu berdiam diri.
“Alah abah... orang cakap
pasal anak saudara sendiri.”
“Kau cakap tak fikir perasaan
orang. Kau tak ada hak nak cakap pasal orang lain. Kau kena ingat, kau tu ada
anak. Lepas ni nak bercucu. Kalau tak kau... anak cucu kau yang terkena.” Leter
Tok abah. Wajah mak lang makin kelat.
“Abah ni... macam mendoakan
je.” Rungut mak lang. Kami tidak berani menyampuk. Tok abah memang tak suka
anak cucu dia menghina orang lain. Pantang betul dia.
“Itulah... cakap hal orang
tak ingat.” Mak Su tersenyum kecil melihat wajah kelat mak lang. Aku dan emak
hanya membatukan diri.
***
Aku gembira melihat hubungan
along, angah dan abang semakin baik. Hubungan dia dengan sepupu aku yang lain
pun boleh tahan. Aku hanya ada seorang sepupu perempuan, anak mak lang. Petang
ni baru dia sampai dari Sabah. Yang lain semua lelaki. Bayangkan, dua perempuan
lawan dengan 18 lelaki. Aku dan Rasyma memang kena buli aje. Nasib baik tok
abah selalu protect kami.
Setakat ni.. memang aku
sorang je yang dah kahwin. Along sebagai cucu Haji Sahari yang paling tua buat
pekak je bila soal kahwin disebut. Dia dah bertunang sebenarnya. Tapi, Kak Nia
minta tempoh sehingga dia habis ambik master.
Angah pula.. huh! Memang tak
ambil port langsung. Dia cakap tunggu puteri raja pinang dia. Hampeh punya
abang. Abang Ajid anak sulong Mak lang pun… diam-diam je. Tak ada bunyi
langsung nak kahwin. Rasyma pernah cakap… along dia tu frust giler time aku
kahwin dengan abang dulu. Entah betul.. entah tidak si Rasyma tu. Aku tak tau
lah. Dia tu kalau bab mengenakan orang nombor satu.
“Sayang buat apa tu?” Aku
tersentak mendengar suara abang melaung dari khemah memasak. Malu pulak aku
tengok sepupu sepapat aku memandang kami dengan senyuman mengusik. Entah
apa-apa abang tu. Macam tak boleh datang dekat .
Aku melangkah ke arahnya yang
sedang menggaul lauk di dalam kawah.
“Lapar?” Aku geleng saja.
Lauk ayam masak rendang tu Nampak menyelerakan. Tapi… perut aku belum lapar
lagi.
“Hmm.. sayang duduk atas jelah…
kat sini panas.”
“Tak apalah bang… Dura
temankan abang.”
“Hmm… suka hati Duralah ye.
Kalau penat… naik atas tau.” Aku hanya tersenyum.
***
Sejak seminggu yang lalu, aku
tengok abang banyak termenung. Tanpa dia sedar, kadang-kadang dia mengeluh kesah.
Aku tidak senang melihat wajah tegang dia. Bila aku tanya, dia cuma cakap
tension sebab projek baru company. Company dia tengah bersaing untuk
mendapatkan tender untuk projek kondominium mewah di Bukit K. Ya.. aku tahu
itu. Sebelum ni… ada juga projek besar masuk. Tak pulak dia setegang ini. Aku
malas hendak mengganggu bila dia cakap, dia akan settlekan sendiri. Aku faham
sangat kalau dia dah cakap macam tu. Dia perlukan masa untuk diri sendiri.
Abang dengan masalah dia. Aku
pulak… dua minggu yang lalu asyik dapat panggilan dari Rizky sehingga
membuatkan aku tekad menukar nombor handphone. Bila aku tukar nombor… ada pulak
SMS dari pengirim misteri yang masuk. Mungkin juga Rizky. Entah… Tapi, kalau
betul-betul dia. Memang cekap betul dia siasat tentang aku. Dia jadi penjahat
kelas pertama kot. Geram betul aku.
SMS yang aku terima sebaik
aku masuk ke pejabat pagi tadi betul-betul membingungkan aku. Siapa yang hantar
mesej ni? Sebelum ni Rizky pernah menghubungi aku. Pelbagai cerita tentang
abang dia cakapkan. Semuanya buruk-buruk belaka. Aku tidak percaya langsung.
Abang takkan buat aku macam tu.
‘U dtg ke Kelab BB malam ni.
U tengok sendiri, apa yg husband U buat’
Aku malas nak reply.
Entah-entah si hantu Rizky tu. Sengaja dia guna nombor baru untuk elak aku
delete terus mesej dia. Belum sempat aku menyimpan handphoneku, sekali lagi
handphoneku berbunyi menandakan mesej masuk.
‘U jgn percaya sgt dgn hubby
u 2. Xrugi pun, kalo U dtg mlm ni. Kalo U x dtg, U akn t’tipu spjg hayat U.
baik U tau skrg’
Aku betul-betul bingung.
Antara percaya atau tidak. Antara rasa ingin tahu dan rasa takut. Perasaanku
saling bertingkah. Apa perasaan abang kalau dia tahu aku mula curiga dengan
dia? Ya… ALLAH, apa patut aku buat?
***
Mulutku ternganga melihat
seseorang di atas pentas itu. Aku tidak tahu apa yang membuatkan aku berkunjung
ke situ seorang diri. Mungkin juga kerana rasa sangsi selepas menerima SMS dari
seseorang yang tidak dikenali. Aku tidak tahu. Tapi.. apa yang aku jumpa amat
mengejutkan aku. Betul-betul melukakan hati aku. Sampai hati abang… air mataku
mengalir. Perlahan-lahan aku melangkah ke depan pentas. Nyata… dia tergamam
melihatku. Dia terus terkaku. Suara sorakan dari tetamu yang datang seakan
sepi. Seakan aku dan dia saja di situ.
‘Dura..’
Aku seakan dapat membaca
gerak bibirnya menyeru namaku. Aku tergeleng terus melangkah keluar dari situ.
Aku tidak sanggup melihat dia lagi. Betul-betul tidak sanggup. Entah mana janji
dia pada aku. Entah mana iman dia. Ya ALLAH.. apa yang aku perlu buat? Esakan
aku tidak dapat aku bendung.
Ketika aku menunggu teksi, aku terasa tanganku
dipegang. Wajah itu memandang aku dengan pandangan sayu. Aku cepat-cepat
mengesat air mataku.
“Lepaslah…” marahku.
“Abang takkan biarkan Dura
balik sorang.” Ucapnya.
“Abang? Bukan Qiqi?” Sindirku
sinis. Melihat dia dalam pakaian macam itu membuatkan aku jelik.
“Jom balik.” Dia tidak
menunggu jawapan dari mulutku, pantas menarikku ke keretanya. Sepanjang
perjalanan balik, kami diam. Aku berusaha untuk mengawal tangisku.
Sebaik sampai aku melangkah
ke bilik. Tapi, dia menahanku.
“Dura..” Serunya. Aku
memandangnya dengan hati yang membara.
“Abang.. kenapa abang buat
Dura macam ni bang? Apa yang abang nak lagi? Abang cakap abang dah berubah.
Abang tekad nak berubah.” Aku terus menghambur tangisku. Dari dalam kereta tadi
aku menahan tangisku.
Abang hanya membatu. Aku
tergeleng-geleng memandangnya dengan rasa tak percaya. Dia dah janji nak
berubah. Dia dah janji takkan jadi macam dulu. Abang...
“Abang... jangan diam je.
Dura dah tak penting pada abang ke? Abang tak ingat ALLAH? Abang tak ingat anak
kita?” Aku kecewa sangat-sangat melihat wajah dia. Wajah yang lama. Kenapa
abang sampai hati buat aku macam ni? Apa kata keluargaku nanti? Susah payah aku
nak yakinkan along dan angah.
“Abang..”
“Dura tak faham sayang...”
“Cuba fahamkan Dura.. jangan
biar Dura buat tafsiran sendiri. Tengok abang macam ni... Dura kecewa sangat
bang. Mungkin ini balasan Dura sebab melawan cakap along dan angah.”
“Dura... Jangan cakap macam tu
sayang. Jangan buat abang rasa bersalah. Abang sayang Dura.. Abang..” Dia tidak
menghabiskan kata-katanya.
Aku menarik nafas
dalam-dalam. Cuba menghalau rasa kecewaku. Kalau dengar dari orang lain, sumpah
aku tak percaya. Ini... dia yang berdiri di depanku. Melihat dia sekarang
seakan mengiakan kata-kata Rizky selama ini. Aku ingat Rizky hanya membuat
fitnah untuk memisahkan kami.
“Dura rasa... Dura kena pergi dari rumah tu.
Izinkan Dura balik rumah mak ye bang. Masa tu... terpulang pada abang nak fikir
macam mana. Samaada abang nak Dura terus jadi isteri abang.. atau abang nak
lepaskan Dura. Tapi... kalau abang nak Dura masih dengan abang. Dura nak abang
bertaubat takkan kembali macam ni. Dura nak besarkan anak kita macam pasangan
normal bang.” Ucapku panjang lebar. Sekarang... terpulang pada dia untuk
membuat keputusan. Aku pasrah dengan apa saja keputusan dia. Aku tidak mahu
kami berpisah. Tapi... kalau dia sudah tidak mahukan aku terus menjadi
isterinya. Aku terpaksa terima. Memaksa dia kembali menjadi suamiku, tidak
sesekali. Aku mahu dia ikhlas berubah. Tapi, kalau ditetapkan kami akan
berpisah, biarlah hubungan kami putus dengan baik.
“Sayang... sayang jangan
pergi.”
“Tapi bang... Dura perlukan
masa untuk diri Dura. Dura perlukan masa untuk tenangkan fikiran.” Luahku.
Panggilan sayang dari dia membuatkan hatiku rasa tersayat pilu. Entah ikhlas
atau tidak panggilan itu. Adakah dia sayangkan aku sebagai lelaki? Hatiku
dihinggap curiga. Ya ALLAH... kuatkan hatiku. Kuatkan cinta kami.
“Kalau macam tu... sayang
duduk je kat rumah ni. Ajak mak. Rumah ni memang abang beli untuk sayang. Nanti
abang duduk kat apartmen lama abang. Nanti abang jenguk sayang dan anak kita.
Kalau sayang dah tenang... sayang boleh call abang.” Putusnya. Entah aku tak
pasti kenapa dia berkata begitu. Seakan keputusan di tanganku. Bukan dia yang
perlu membuat keputusan.
“Abang kena fikir, apa yang
terbaik untuk hidup kita.” Ucapku pula. Sengaja aku menyebut hidup ‘kita’.
Keputusan yang dia buat bukan saja melibatkan hidup dia. Tapi.. hidup aku dan
anak kami yang ada di dalam kandungan ini.
***
“Dah lama abang sampai?”
Tegurku sebaik masuk. Abang duduk terpacul di ruang tamu rumah kami sudah sedia
menungguku. Melihat saja aku, abang segera mencapai beg di tanganku, menarik tanganku
duduk tanpa menjawab soalanku.
“Dura apa khabar? Nampak
penat je.” Tanyanya.
“Penat sikit je. Hari ni kena
pergi site.” Aku menarik nafas kelelahan. Hari ini aku terpaksa turun ke tapak
projek memeriksa masalah pada roofing bangunan. Kontraktor tu memang degil. Tak
ikut spesifikasi dalam skop kerja. Nak untung lebih je. Rungutku dalam hati.
“Kenapa orang lain tak turun?
Sayang kan dah enam bulan. Bahaya pergi kat tapak projek.” Wajahnya nampak
kerisauan.
“Dura kena pergi juga bang.
Dura yang handle projek tu. Lagipun... Dura bukan pergi seorang. Mia ada
sekali. Dura ingat... sebelum Dura cuti bersalin, nak explain kat dia lebih
lanjut pasal projek ni.” Jelasku. Hatiku masih berdebar sebenarnya melihat
kedatangan dia. Minggu lepas dia hanya sempat menghantar barang dapur. Tak
sempat berbual panjang. Hari ini... dia datang lagi. Risau apa perkhabaran yang
dia bawa kali ini. Aku betul-betul berharap agar dia kembali pada kami menjadi
abang, suamiku, dan bukannya Qiqi.
“Hmm... apa-apapun... Dura kena
hati-hati ya sayang. Tolong jaga diri tu. Abang tak dapat temankan Dura
selalu.” Ucapnya seakan menahan sebak. Aku ikut sama. Apa nak jadi pada
hubungan kami?
“Hmm... abang jangan risau
sangat. Dura boleh jaga diri.” Balasku, akhirnya. Rasa kekok untuk berbual
dengannya. Dia pun... macam teragak-agak untuk bersuara. Melihat dia membuatkan
rasa rinduku sedikit terubat. Tentu dia baru balik dari kerja. Masih berkemeja.
Tapi tidak dibutangkan dibahagian paling atas kemeja. Gaya lebih santai.
“Abang ada belikan makanan
tadi. Malam ni Dura tak payah masak. Ayam, daging, ikan, sayur untuk satu
minggu ni abang dah letak dalam peti sejuk tu. Susu untuk Dura... esok abang
hantar. Minggu lepas tak perasan pulak dah nak habis.” Ujarnya tanpa ditanya.
Aku terdiam saja. Dia masuk ke dapur, membawa buah delima yang sudah siap
dipotong.
“Makanlah. Buah ni elok untuk
baby.” Ucapnya. Aku hanya memerhati saja.
“Abang sihat?” Tanyaku sebaik
makan sehiris buah delima. Hanya tawar aku rasa. Penat seharian membuatkan tekakku
rasa pahit.
“Sihat.. Hmm.. abang boleh
jaga diri. Apa yang penting Dura tu.” Dia tidak henti berpesan itu ini. Aku
tahu dia risaukan aku.
“Abang tak payah risau. Dura
boleh jaga diri. Selama ni.. Dura duduk sorang boleh je.” Balasku. Dia
mengerutkan kening memandangku tajam.
“Apa? Dura duduk sorang?”
Tanyanya pantas.
“Ha a. Nape?”
“Mana emak? Dura tak ajak dia
duduk temankan Dura kat sini? Ingatkan dia keluar kejab.” Tanyanya. Aku hanya
geleng. Dia menarik muka tidak puas hati.
“Kenapa?” Tanyanya. Suaranya
sedikit tinggi. Aku malas.
“Dura boleh tinggal sorang
kat sini.” Balasku malas.
“Kenapa Dura makin degil ni?”
Tanyanya dengan nada suara yang sedikit tinggi. Hatiku makin panas
mendengarnya.
“Dura degil ke... apa ke...
tak ada kena mengena dengan abang. Dura boleh jaga diri.” Jawabku. Kalau dia
boleh marah. Aku pun boleh.
“Nak jaga diri macam mana?
Tengoklah Dura sekarang. Dalam keadaan macam tu. Ingat boleh nak protect diri
tu kalau ada orang nak buat jahat? Dura tu.. bawa nyawa orang lain juga.”
Tegasnya. Aku terus bangkit bercekak pinggang. Tak sangka, perbualan yang tenang
tadi sudah bertukar panas.
“Abang jangan risau. Dura
akan jaga anak abang ni baik-baik. Biar nyawa Dura tergadai sekalipun.” Ucapku
sebak. Hatiku rasa pilu bila dia meninggikan suara. Dua minggu lepas,memang aku
bercadang untuk mengajak emak menemaniku di situ. Tapi, bila aku fikir
masak-masak, tindakan aku nanti akan mengundang keraguan pada along dan angah.
Kalau boleh, aku tidak mahu perkara ini sampai ke pengetahuan mereka.
“Dura... abang minta maaf.
Abang...” Kata-katanya terhenti bila aku tergeleng. Dia cuba menghampiriku tapi
aku makin berundur. Melihat aku berundur, dia tidak jadi melangkah.
“Abang nak apa lagi
sebenarnya?” Tanyaku. Aku berharap dia cepat beredar. Lagi cepat dia pergi dari
situ. Lagi baik dari melukakan hati aku.
“Abang takut Dura tinggal
sorang. Takut jadi apa-apa kat Dura.” Jelasnya.
“Dura tak nak family Dura
tahu problem kita. Kalau mak duduk sini, along akan tahu. Tak mustahil angah
pun tahu. Abang nak mereka pandang serong kat abang?” tanyaku. Abang terdiam.
Aku menunggu kata balas darinya.
“Dura... abang minta maaf.
Hmm... abang sayangkan Dura. Abang takut Dura duduk sorang-sorang kat sini.”
Ucapnya dengan suara yang kendur.
“Dura boleh jaga diri. Abang
jangan risau. Abang ada lagi nak cakap?” tanyaku. Bukan hendak menghalau dia.
Tapi... aku takut aku hilang sabar, takut menangis depan dia. Aku harus kuat.
“Hmm... abang... abang sayang
Dura. Take care ye sayang.” Ucapnya melangkah ke arahku. Dia mendakapku erat.
Bila dia meleraikan pelukannya, aku cepat-cepat mengesat air mataku.
“Assalammualaikum..” Ucapnya
sebelum melangkah pergi.
“Waalaikumsalam..” Jawabku
perlahan. Entah dengar atau tidak. Ampunkan Dura bang... Dura sayang abang.
Dura tak sanggup kehilangan abang. Jerit hatiku.
***
“Dura... cantik bunga kat
meja kau. Hubby kau bagi ek? Mesti kau tengah merajuk dengan dia kan?” Aku
hanya terpingga-pingga mendengar soalan Mia. Dia tersenyum-senyum mengekori aku
sampai ke bilik. Memang aku agak lewat hari ini, semalaman aku tak boleh tidur.
“Eh! Tak adalah. Hmm... kau
dah buat research pasal projek semalam tu?” Tanyaku.
“Dah... Cuma.. ada certain
part aku tak faham. Yang kat SOW dan drawing tu. Itulah aku nak tanya pada yang
pakar ni.” Guraunya dengan gelak kecil. Aku ikut tergelak sama. Gadis ceria ini
sentiasa menyenangkan aku. Nasib baik juga En. Sharkawi minta dia yang ambil
alih tugas aku sepanjang aku cuti bersalin nanti. Dia jenis yang tidak berkira.
Cekap dan cepat belajar. Dia lewat enam bulan je dari aku masuk ke LL
Construction.
Aku terpegun melihat
jambangan bunga yang dimaksudkan oleh Mia di awal tadi. Sebaik aku duduk di
kerusiku, aku terus capai jambangan itu. Automatic aku menghidu bau wangi bunga
segar itu. Bunga lili. Abang sorang je tahu bunga lili adalah bunga kesukaan
aku. Mungkin dia hantar bunga ni sebagai tanda minta maaf selepas kami
berselisih faham semalam.
“Kau suka bunga lili?” Tanya
Mia. Aku sedikit tersipu kerana terlupa dia sedang duduk di depanku. Kelekaan
aku pada jambangan bunga itu membuatkan aku lupa dia masuk sekali dengan aku
tadi.
“Ha a. Hmm... part mana kau
tak faham?” Aku malas hendak bercerita pasal jambangan bunga it uterus bertanya
pasal projek kami.
“Oh... ni... kat drawing
ni... “ aku terus melepaskan jambangan bunga itu ke sisi meja. Terus menumpukan
perhatian pada drawing bangunan blok sekolah yang dibawa oleh Mia masuk sekali
tadi. Projek ni bernilai jutaan ringgit. Antara projek yang besar bagi company
sederhana macam LL Construction. Lainlah kalau KK Holding, tempat abang
bekerja. Projek nak mereka dapat lebih dari ratusan juta.
“Mia.. petang ni kau ada hal
tak? Lepas balik kerja?” Tanyaku sebaik kami selesai berbincang. Mia kembali
menggulung drawing dan dimasukkan ke dalam plan holder.
“Tak. Nape? Kau nak belanja
ek?” Tanyanya riang.
“Ha a. Kau nak?”
“Eh!
Mestilah nak. Kita nak makan kat mana?” Tanyanya masih dengan wajah cerianya.
“Kita makan satay Kajang.”
Ucapku. Entah... mungkin ini orang cakap mengidam. Aku teringin sangat nak
makan Satay Kajang. Kalaulah abang ada.
Aku rasa separuh nanar bila
dia tiada di sisi. Tapi... aku cuba cekalkan hati. Aku harus berdikari. Jumpa
semalam pun kami berselisih faham.
“Wokey... bestnya. Lama tak
makan satay Kajang. Eh! Hubby kau tak joint sekali ke?” Tanyanya dengan kening
berkerut. Aku serba salah untuk menjawab.
“Dia... dia busy. Malam ni...
balik lewat.” Hanya itu jawapan yang sempat aku reka. Mia terangguk-angguk.
“Mesti kau mengidam kan Dura?
Cian baby ni... nanti auntie Mia teman baby dan mama baby makan satay Kajang
ye.” Aku tergelak kecil melihat telatah Mia. Masih berperangai kebudak-budakan.
“Dura... boleh aku pegang
perut kau? Macam teringin.” Dia tersengih meminta kebenaran. Aku angguk saja.
Letak saja Mia tangan di perutku, aku terasa bayiku bergerak. Mulut Mia
melopong.
“Eh! Dia bergerak.
SUBHANALLAH...” Ucap Mia kagum. Aku senyum kecil.
“Kalau nak merasa
sendiri..cepatlah kahwin.” Saranku. Bukan aku tidak tahu dia tengah syok
bercintan cintun dengan akauntan ofis kami.
“Ala.. Relax la dulu. Kami
masih muda. Kalau dah ready... nanti kami melangkah ke gerbang perkahwinan.”
Ucapnya selamba.
“Yelah tu... jangan tunggu
lama-lama tau.” Pesanku. Mia tergelak.
“Wei... aku minta diri dulu.
Lunch nanti kita borak lagi k.” Ucap Mia sebelum melangkah keluar. Aku
tergeleng saja. Mia... Mia...
***
Tanpa dia di rumah ini
membuatkan aku rasa orang bodoh. Tiga bulan hubungan kami tergantung. Aku sudah
menunggu hari untuk melahirkan. Aku jadi ralat hidup sendirian. Selama ini...
dia memanjakan aku sehingga aku terlupa untuk hidup berdikari. Hari-hari yang
aku lalui tanpa semangat. Di pejabat pulak, aku pura-pura ceria macam biasa.
Tidak mahu kawan-kawan berfikir yang bukan-bukan. Apa yang mereka hairankan,
rutin aku pergi dan balik kerja dengan teksi. Abang mesej dengan aku supaya
naik teksi yang dia sudah tempah untuk aku sepanjang dia tiada. Sebelum ini…
memang dia nak hantar aku pergi dan balik. Abang.. Dura rindukan abang.. rintih
hatiku. Dalam keadaan yang sarat ini... aku rasa semakin lemah. Aku sengaja
tidak mengajak emak menemaniku di sini. Bimbang emak akan berfikir yang
bukan-bukan.
Bunyi loceng rumahku
membuatkan aku sedikit tersentak. Aku menggagahkan diri membuka pintu. Emak dan
along. Detik hatiku melihat mereka berdiri di pintu pagar. Aku melangkah lambat-lambat
membuka pintu pagar.
“Emak dengan along apa
khabar?” Tanyaku ketika menyalami mereka. Aku tidak sedap hati melihat wajah
tegang along. Aku mempelawa mereka masuk.
“Apa semua ni Dura? Please...
explain kat along sebelum along belasah dia.”
Belum sempat kami duduk,
along melempar gambar-gambar itu di depan meja. Aku ternganga melihat gambar
yang along lemparkan. Dia berjalan mundar mandir depan aku dan emak. Macam mana
along boleh dapat gambar ni? Aku telan liur pahit.
“Itu… itu..”
“Kau cakap Sauqi tu bukan
pondan. Hah… ni apa ni? Gambar dia kat atas pentas ni. Dia buat part time jadi
model untuk fashion show ke apa?” wajah along kemerahan. Marah. Aku
terkulat-kulat di sebelah emak. Emak hanya tergeleng saja.
“Dia.. dia..”
“Dia.. dia apa?” Sergah
along.
Aku tidak mampu untuk mencari kata-kata untuk
menjawab soalan along.
“Itulah kau… dari dulu lagi
aku larang kau kahwin dengan si pondan tu. Kau tengok sekarang… dia kembali
dengan perangai dulu-dulu.” Marah Along. Dia mengepal-ngepal penumbuknya. Aku
rasa, kalau abang ada di situ, memang teruk abang menjadi mangsa tumbukan dia.
“Kalau dia masih macam tu.
Baik kau minta cerai dari dia.” Tegas along.
Kata-kata itu bagaikan
halilintar. Aku gerun melihat kemarahan along. Along jarang marah. Kalau dia
marah, memang aku takut sangat. Entah.. apa aku nak cakap lagi. Aku masih
sayangkan abang. Dia suami aku. Tetap akan jadi suami aku, kalau abang kembali
pada aku.
“Along… cuba bawa bersabar.
Dengar dulu apa kata adik. Bagi peluang Sauqi untuk jelaskan. Tak baik
menghukum tanpa mendengar penjelasan dari dia.” Ujar emak lebih berdiplomasi.
“Nak dengar apa lagi mak? Mak
tengok sendiri gambar tu kan.. Pondan tu....”
“Along… dia tu ada nama.
Jangan nak kusutkan lagi keadaan. Kesihan adik ni.” Celah emak lagi. Dia Nampak
susah hati. Aku serba salah melihat wajah mereka. Apa lagi hendak aku jawab.
“Along tak peduli. Adik kemas
barang adik sekarang. Ikut along dan emak balik rumah kita. Along nak adik
tuntut cerai dari pondan tu.” Tegas along. Aku terpana. Emak hanya tergeleng.
“Tapi long... adik tak nak bercerai.”
Jawabku takut-takut.
“Tak nak bercerai? Habis? Kau
nak bermadu dengan jantan?” Bentak along. Aku menikus.
“Kemas barang kau sekarang.”
Sergah along. Bahuku sedikit terangkat. Terkejut mendengar sergahan along.
“Along... kesihan adik kau
ni.” Celah emak.
“Kerana kesihanlah along nak
adik berpisah dengan si pondan tu mak. Mak sanggup tengok adik hidup dengan si
pondan tu? Mak nak tengok adik merana hidup dengan lelaki macam tu? Entah
penyakit apa orang macam tu boleh bawa.” Leter along.
Aku diam saja, terus bangkit
ke bilik. Air mataku tumpah bila satu persatu pakaianku aku letak ke dalam
luggage. Emak masuk tidak lama kemudian.
“Dura duduk je. Biar mak
simpan.” Tegah emak sambil menarik tanganku supaya duduk saja.
“Mak... mak rasa abang
betul-betul pondan?” Tanyaku dengan sendu yang bersisa. Kebisuan emak seakan
menjawab segalanya. Siapa lagi yang boleh sokong keyakinan aku yang abang bukan
pondan? Siapa?
***
“Apa maksud ni Dura? Dura
macam mereka juga? Tak percaya kan abang?” Tanya abang dengan riak wajah nyata
muram. Setelah along memaksa aku mengikut mereka balik ke rumah. Aku mengambil
keputusan berjumpa dengan dia, tengah hari di tempat kerja dia. Dia mengajak
aku ke tasik. Bimbang perbincangan kami akan menjadi pergaduhan.
“Abang... Dura...Dura..” Aku
serba salah.
“Abang bukan pondan, Dura.
Apa yang berlaku dulu satu kesilapan. Abang buat semua tu bersebab.” Ujarnya.
Aku tidak faham apa yang cuba dia sampaikan. Cerita yang masih ada tirainya
untuk aku faham.
“Habis... apa sebabnya?”
Tanyaku separuh mendesak.
“Abang tak boleh cakap dulu.
Sampai masanya abang akan explain satu persatu.” Balasnya. Aku makin rimas
dengan semua ini. Rasa marah, terdesak ingin tahu saling bertingkah.
“Kerana jawapan abang inilah
Dura terpaksa ikut cakap along bang. Abang pentingkan diri abang je.” Esakku
tidak dapatku tahan. Aku sayangkan dia. Kalau boleh... aku tak nak kehilangan
dia.
“Jangan nangis sayang.
Sayang..” Aku menepis tangannya yang cuba membantuku mengesat air mata di
pipiku.
“Dah.. jangan sentuh Dura..”
marahku. Abang diam.
“Abang tahu tak, seksanya
Dura tanggung semua ni. Abang apa tahu. Dura tak nak kehilangan abang. Dura tak
nak besarkan anak kita seorang diri. Tapi bang... along dah desak Dura tuntut
fasakh. Abang tahu tak..” Luahku bersama tangisan.
Abang menarik aku ke dalam
dakapannya. Mengusap lembut belakangku. Aku menghamburkan tangis di dadannya.
Biarlah dia tahu bebanan perasaan yang aku tanggung. Biar dia terseksa sama.
“Abang akan berusaha
selesaikan semuanya sayang. Abang akan buat yang terbaik untuk sayang dan anak
kita.” Pujuknya. Kucupannya singgah di dahiku dan atas kepalaku yang bertudung
silih berganti. Betapa aku rindu pada suara dan belaian dia.
“Dura harap abang bukan
seperti apa yang orang lain cakap. Jangan ulang kesilapan lalu bang.” Ucapku
perlahan. Abang hanya diam, tetap mengemaskan pelukannya. Aku turut membalas,
melerai kerinduan yang tertanggung. Selepas ini... mungkin aku tidak berpeluang
mendakapnya seperti itu.
***
“Berapa kali along nak cakap?
Jangan jumpa si pondan tu... kau memang degil Dura.” Herdik along sambil
melemparkan gambar perjumpaanku dengan abang, mingu lepas. Aku menggigil
melihat kemarahan along. Tapi... siapa pulak yang bagi dia gambar tu?
“Kenapa kau ni long? Sampai
je terus nak marahkan adik?” Tanya emak segera menghampiriku. Aku terus memeluk
emak. Gentar along akan bertindak di luar kawalan. Wajah dia nyata kemerahan.
Marah.
“Mak tanya sendiri dengan
anak kesayangan emak tu. Along dah tak nak dia ada apa-apa hubungan dengan si
pondan tu. Tapi... dia degil. Tak dapat
jumpa kat rumah, dia pergi jumpa kat tepi tasik tu. Mak tengok gambar tu.” Marah
along sambil menghulurkan handphone pada emak. Emak terdiam tapi turut
memandang ke arah skrin handphone along. Aku diam.
“Dia jumpa suami dia long. Bukannya
orang lain.” Bela emak.
“Suami ke macam tu? Dia
sendiri yang rosakkan hidup dia mak. Kalau dia tak pilih si pon.”
“Along…”
Kami terkejut mendengar suara
angah dari muka pintu. Bila dia sampai? Kata-kata along turut terhenti di situ.
Hatiku rasa dicarik-carik setiap kali ada orang yang mengutuk abang. Tapi… aku
tidak tahu apa alasan untuk aku pertahankan dia, sedangkan gambar abang dengan
pakaian wanita sudah sampai ke tangan keluargaku. Aku malu.. tapi.. aku tidak
sanggup kehilangan abang.
“Kau kenapa baru sampai? Kau
dah jumpa si pondan tu?” Tanya along keras.
“Along jangan hina Sauqi macam
tu.” Tegah angah.
Aku memandang wajah angah
dengan rasa tidak percaya. Aku ingat dia akan mengutuk abang macam along juga.
Along mempamerkan wajah tidak puas hati. Angah mengambil tempat di sebelah
emak.
“Kau pun dah termakan dengan
kata-kata si pondan tu. Hah... kau tunggu sekejab. Aku ambil gambar si pondan
tu.” Along berlalu ke biliknya. Aku memandang angah dengan perasaan penuh tanda
tanya. Emak hanya mampu mengusap bahuku. Memujuk.
“Kau tengok gambar ni. Gambar
si pondan tu tengah berpesta sakan.” Herdik along sebaik sampai. Gambar abang
berpakaian wanita dia hulur kat angah. Angah diam memandang gambar itu. Aku hanya
mampu membisu bersama emak.
“Along tengok video ni
pulak.” Ujar angah.
Mataku membulat mendengar
suara-suara gelak dan teriakan dari video yang angah buka. Darahku rasa naik ke
kepala. Suara-suara dari dalam video itu seakan mengheret aku kembali ke malam
itu. Walaupun, aku tidak melihat video itu. Tapi... aku tahu, video yang along
tonton dalam handphone angah itu video malam hitam itu. Aku menutup telingaku.
Aku tidak sanggup mengingati
tragedy hitam itu... Malam itu.. Ya malam yang hampir-hampir meragut
kesucianku. Malam itu nyaris-nyaris diperkosa oleh Ray dan kawan-kawan dia.
Tapi… abang yang selamatkan aku. Abang yang heret aku lari . Tapi… siapa pulak
yang sempat merakam aksi dalam video itu? Kenapa sudah bertahun baru video tu
muncul? Atau… memang sudah lama video tu ada kat you tube? Hatiku makin kuat
berdebar. Ya ALLAH…
Aku tidak sanggup melihat
wajah along dan angah. Mesti mereka terkejut melihat aku dipeluk lelaki yang
tidak mereka kenali malam itu. Melihat bagaimana lelaki itu menarik bajuku
sampai terkoyak di bahu. Aku tidak sanggup.
“Jangan tengok long.. ngah..”
“Adik boleh explain apa
maksud video ni?” Tanya angah dengan suara tenang.
Along dan emak
tergeleng-geleng. Ya… video itu kelihatan mencurigakan. Tapi… aku berani
bersumpah. Tiada apa-apa yang berlaku masa tu. Ketika Ray baru hendak
mendidihku. Abang telah memukul Ray dengan kayu. Abang mengugut mereka dengan
mengacukan pisau jika mereka berani menghampiri. Kami berjaya melarikan diri.
Walaupun akhirnya abang ditikam di perut selepas mengalihkan perhatian Ray dan
kawan-kawannya dari tempat aku bersembunyi.
“Macam mana angah dapat video
ni?” Tanyaku dengar suara bergetar.
“Angah nak adik jawab soalan
angah tadi. Bukan adik tanya angah balik.” Tegas angah.
Aku pandang wajah emak. Emak
masih menunggu jawapan dariku. Along terdiam. Mungkin juga menunggu aku
menjawab.
“Adik.. adik mengaku… adik
tak sebaik yang along dan angah fikir selama ni.” Akuiku.
Mereka tergeleng dengan wajah
kecewa. Along nampak kesal. Angah masih memandangku menunggu penjelasan lanjut.
“Tapi… adik berani bersumpah
ngah.. long… tak ada apa-apa yang berlaku malam tu. Adik berjaya larikan diri
dari mereka. Qiqi tolong adik dengan acukan pisau pada mereka. Qiqi heret adik
bersembunyi kan semak sebelah jalan. Sumpah long.. sumpah ngah…” ceritaku dalam
esakan.
Emak membawa aku ke dalam
pelukan menenangkan aku. Aku sudah bercerita semuanya pada emak sebelum ini.
Dia lebih memahami. Tapi.. dia pun macam aku. Baru tahu kewujudan video ini.
Mungkin juga hatinya terluka. Mak… ampunkan adik mak..
“Kenapa kau jadi macam ni
dik? Kenapa kau boleh bergaul dengan orang macam tu, dulu?” Tanya along dengan
suara kesal. Dia tersandar.
“Adik fikir nak seronok je
masa tu long. Adik nak bebaskan diri dari dikongkong. Adik ingat… kebebasan
boleh bagi keseronokkan pada adik. Tapi.. adik silap long. Adik silap. Adik
hampir kehilangan maruah adik kerana nak cari kebebasan. Kalau tak ada Qiqi
adik tak tau apa yang jadi malam tu.” Jawabku dengan sendu yang bersisa.
“Qiqi tu.. Sauqi?” Tanya
along lagi. Aku angguk.
“Sejak malam tu dia berubah
long. Dulu ye.. memang dia berperwatakan lembut. Dia ditikam selepas alihkan
perhatian samseng-samseng tu dari tempat persembunyian adik. Dia cakap..
dia betul-betul ikhlas nak lindungi
adik. Tapi… nampaknya… adik silap menilai. Dia… dah kembali..”
“Tak dik.” Pintas angah.
Aku terdiam. Tiga pasang mata
memandang angah tepat.
“Adik tau tak… sebab video
ni.. Sauqi sanggup jadi macam tu semula. Dia terpaksa dik. Dia buat macam tu
untuk selamatkan maruah adik. Ada orang ugut dia nak sebarkan video ni kat
internet kalau Sauqi tak jadi boneka pada malam adik cekup dia kat party tu.”
Terang angah. Aku tergamam. Emak mengucap panjang.
“Malam tu je dik.. malam tu
je dia buat macam tu. Ada orang nak pedajal korang.” Jelas angah. Wajahnya
menahan kemarahan, atau mungkin geram. Tapi… macam mana angah boleh dapat video
ni?
“Mana angah tau hal ni?” Emak
bertanya selepas dari tadi hanya menjadi pendengar.
“Angah jumpa masa kami serbu
kat rumah suspek pecah rumah kat Taman M semalam.” Beritahu angah. Kami sekali
lagi terkejut.
“Kita kenal penjahat? Siapa
dia ngah?” Desak along.
“Rizky.” Jawapan angah sudah
dapat aku teka. Dialah dalang sebenarnya.
“Siapa Rizky?” Tanya along.
Mereka memang tidak pernah tahu siapa Rizky tu.
“Dia.. dia ex-boyfriend adik.
Dia… dialah yang pertaruhkan adik pada malam hitam tu dalam lumba kereta
haram.” Jelasku. Sekali lagi along dan angah tergeleng. Melihat wajah kecewa
mereka membuatkan rasa bersalah makin kuat bergayut. Tambah-tambah bila
teringatkan abang.
“Angah dah dapat tangkap
dia?” Tanya emak.
“Tak. Tapi, angah dah soal
siasat salah seorang ahli ninja. Tak sangka Rizky ketua geng ninja. Kumpulan
pecah rumah yang kami cari selama ni. Tapi… sampai sekarang kami masih belum
berjaya tangkap Rizky. Dia sempat larikan diri dalam serbuan semalam.” Beritahu
angah lambat-lambat. Aku ternganga. Sekali lagi rasa kena renjatan elektrik.
“Adik takut… dia sebarkan video
adik tu.” Luahku perlahan.
“Adik tak payah risau lagi.
Lap top dia dah dirampas. Video adik takkan tersebar. Angah dah deletekan. Ini…
angah ambik video ni untuk minta penjelasan adik. Angah nak dengar sendiri dari
mulut adik. Angah dah dapat jawapan. Sekarang angah akan delete.” Cerita angah.
Aku sedikit lega. Tapi… hatiku tidak
tenteram mengenangkan abang. Macam mana dia sekarang? Aku harus jumpa dia. Dia…
dia banyak berkorban untuk aku.
“Macam mana angah tau, cerita
pasal abang di paksa jadi.. jadi..” aku serba salah untuk menyebutnya.
“Sebenarnya… serbuan itu atas
maklumat Sauqi. Dia minta angah tolong dia untuk siasat hal video tu. Dari situ
angah tau, dia diugut supaya kembali jadi pondan untuk malam tu sebagai syarat
supaya Rizky serahkan video tu pada dia. Tapi… tak sia-sia juga angah intip
Rizky tu. Intipan tu membawa kami kepada penangkapan ahli kumpulan ninja.”
Cerita angah. Kami hanya terangguk-angguk. Nasib baik juga abang kedua aku ni
seorang inspector polis.
“Mak.. adik bersalah kat
abang.” Ucapku kesal sambil melentokkan kepala ke bahu emak.
“Adik pergi cari suami adik.
Kembali pada dia.” Ucap emak. Aku pandang wajah dia dengan pandangan yang
kelam. Air mataku semakin lebat mengalir. Nyata… abang tidak sejahat yang
disangka.
***
Aku meminta angah menemani
aku sampai ke depan pintu lift saja. Aku tak nak menyusahkan dia. Lagipun, dia
nak masuk bertugas lagi lepas ni. Sepanjang menunggu lift sampai ke tingkat
tujuh, aku merangka ayat yang sesuai untuk memohon maaf dari abang. Aku takut
dia enggan memaafkan aku.
Ketika aku memulas pintu
apartmen, aku sedikit hairan bila pintu tidak berkunci. Ruang depan sedikit
berselerak. Takkan abang tak kemas. Setahu aku… abang seorang yang rajin
mengemas. Langkahku terhenti melihat abang duduk di kerusi yang menghadap ke
tingkap besar. Dia tidak sedar kehadiranku memandangkan kerusi itu
membelakangkan aku.
“Abang…” Panggilku. Abang
tidak menyahut. Aku jadi serba salah.
“Abang… ampunkan Dura bang…
Dura tak tau. Dura…” Aku tidak mampu bersuara bila mengenangkan rasa bersalah
aku. Abang diam masih tidak mahu menoleh. Hatiku tidak keruan melihat dia diam
saja. Marah betul dia pada aku.
“Abang…” Panggilku. Aku tidak
sedap hati melihat dia tidak berkutik sedikitpun. Perlahan-lahan aku melangkah
ke depannya. Mataku terbeliak melihat darah di dadanya. Ya ALLAH… Peristiwa dia
ditikam beberapa tahun lalu terbayang di mata.
“Abang..” Aku sudah berteriak.
“Abang.. bangun bang… bang..”
Panggilku mengusap kepalanya. Aku terus meletak jari di hidungnya. Dadaku
sedikit lega merasa hembusan nafasnya. Cepat-cepat aku menyelongkar handbag
mencari handphone. Tapi, tiada. Mungkin lupa kat rumah emak.
Aku segera berlari ke arah telefon
rumah. Aku tidak tahu, apa yang aku pijak. Kakiku tersadung. Badanku rasa
melayang sebelum aku merasa kesakitan yang amat sangat pada seluruh badanku. Ya
ALLAH... pandanganku rasa berpinar.
“Abang…. Ya ALLAH… sakitnya.
Tolong…” Aku cuba berteriak. Tapi… suaraku tidak mampu aku besarkan. Aku tidak
mampu menahan air mata.
“Ya ALLAH…selamatkanlah kami
ya ALLAH… abang.. bangun bang… Dura sakit bang..” tangisku. Aku mengensot cuba
mendapatkan dia. Kakinya aku tarik. Kesakitan pada perutku membuatkan aku makin
kuat menangis. Ya ALLAH.. sakitnya.
“Abang…” nafasku rasa sesak.
Aku tidak mampu membuka mata.
“Du..Dura..” suara itu
membuatkan aku sedaya upaya membuka mataku.
“Abang.. sakit bang..”
Tangisku. Dalam kelam pandanganku aku melihat dia sedaya upaya untuk bangun.
“Sabar sayang.. sabar.. abang
bawa Dura ke hospital ye.” Pujuknya bersama usapan di pipiku. Aku tidak mampu
bersuara. Hanya esakan yang terkeluar. Kesakitan itu membuatkan aku jadi kaku.
Tidak mampu untuk bergerak. Apa yang aku rasa.. abang cuba mengendongku. Ya..
Abang membawa aku keluar dari apartmen itu.
***
“Dura..” Suara itu dekat di
telingaku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Wajah emak pertama kali menyapa
pandanganku. Dia mengusap-usap lembut rambutku. Along dan angah pun ada disitu.
Mana abang?
“Mana abang?” Tanyaku
memandang wajah emak.
“Adik rehatlah dulu. Adik tak
sihat lagi ni.” Pujuk emak.
Hatiku rasa berdebar. Aku
terus teringatkan kandunganku. Pantas aku meraba perutku. Hah? Kempis? Air
mataku terus mengalir.
“Mana anak adik mak? Dia
selamat kan? Mana dia? ” Tanyaku dengan suara bergetar. Hatiku berdoa agar anak
aku selamat. Anak aku dan abang. Kalau diikutkan.. memang aku tengah menunggu
hari untuk melahirkan.
“Alhamdulillah… dia selamat.
Cuma masih dalam bilik baby sayang. Adik dapat anak perempuan. Comel. Muka iras
papa dia.” Beritahu emak. Aku meraup tangan ke muka dengan ucapan
Alhamdulillah. Ya ALLAH… syukur.. tapi.. abang macam mana?
“Abang macam mana?” Tanyaku
pantas.
“Adik... adik rehat dulu.
Jangan fikir hal lain. Dura masih lemah tu.” Pujukan emak membuatkan aku makin
berdebar. Emak seolah menyembunyikan sesuatu.
“Angah?” Wajah angah aku
pandang.
“Betul cakap emak tu dik..
adik rehat dulu. Nanti...”
“Kenapa semua orang tak faham
perasaan adik? Kenapa semua orang tak nak berterus terang?” Tangisku. Emak dan
angah nampak gelabah. Along menghampiri kami. Aku memandangnya menagih jawapan.
“Adik.. Sauqi tak ada..”
“Hah? Abang dah tak ada? Ya
ALLAH… adik banyak dosa kat abang. Along.. along tipu kan? Along jahat. Along
memang tak sukakan abang..” tangisku memeluk lengan emak.
“Adik... hei... apa adik cakap
ni?” Emak cemas memelukku.
“Sampai hati abang tinggalkan
adik mak... adik dan anak kami masih perlukan dia. Kesihan anak kami mak... dia
tak sempat..”
“Dura.. apa Dura merepek ni?”
Aku terkejut mendegar suara
itu. Sekali lagi aku ternganga memandang wajah itu. Angah memberi ruang tok
abah menyorong kerusi roda itu menghampiri aku.
“Abang?” aku tergamam. Abang
tersenyum tawar. Mukanya sedikit pucat.
“Along cakap.. along cakap
abang tak ada..” aku rasa tidak percaya.
“Itulah… orang belum habis
cakap dia dah melalak tahap tak ingat. Along nak cakap Sauqi tak ada kat sini.
Dia jenguk anak korang.” Tempelak along.
Aku tersipu malu. Masing-masing
menahan gelak dengan senyum simpul. Wajahku rasa panas.
“Abang sihat tak?” Tanyaku.
Dia masih mengengam tanganku. Ahli keluargaku yang lain keluar dari wad itu,
memberi ruang aku dan abang berbual berdua.
“Abang sihat je. Sayang macam
mana? Dah okey sikit?” Tanyanya. Aku angguk menahan rasa hati.
“Ampunkan Dura bang.. Dura
bersalah kat abang. Dura..” Kata-kataku mati di situ. Bila jari telunjuknya
hinggap di bibirku. Dia menggeleng.
“Dura.. semua orang buat
silap. Abang tak boleh salahkan Dura, sebab Dura salah faham. Abang pun salah
sebab tak berterus terang dengan Dura. Abang biarkan Dura fikir macam-macam.
Masa tu… abang Cuma fikir nak selesaikan masalah ni sendiri. Lepas selesai,
abang ingat memang nak berterus terang dengan Dura. Tapi… tak sangka.. jadi
macam dua hari lepas.” Balas abang.
“Hah? Dua hari?” Aku
terkejut. Maknanya.. dua hari aku tidak sedarkan diri?
“Ha a sayang. Anak kita lahir pun.. melalui
pembedahan. Abang takut sangat tengok sayang tak sedar. Abang tak boleh
kehilangan sayang. Abang tak boleh..” Ucapnya sebak. Aku turut sama sebak.
“Macam mana hal ni boleh
berlaku bang? Apa yang terjadi sebenarnya?” Tanyaku.
Abang menarik nafas dalam-dalam.
Satu persatu dia ceritakan.
Ya ALLAH… terima kasih kerana
masih menyelamatkan kami. Terima kasih di atas kurniaan ini. Menurut cerita
abang… Sebelum aku sampai malam itu, Rizky datang mendesak abang untuk memberi
duit 30 ribu ringgit untuk dia melarikan diri. Tapi.. abang tidak ada wang
tunai sebanyak tu. Rizky naik darah dan menikam abang dengan pisau.
Ketika abang mengangkat aku
ke hospital pun… nasib baik jiran depan rumah kebetulan baru sampai dari makan
malam kat luar. Dua orang pemuda itu yang membantu membawa kami ke hospital.
Menurut abang juga, Rizky
telah berjaya diberkas dalam sekatan jalan raya semalam. Rizky cuba melarikan
diri ke Thailand. Nasib baik juga dia tak sempat meloloskan diri.
“Anak kita macam mana?”
Tanyaku. Aku belum berkesempatan memeluk dan memandang wajah buah hati kami
itu. Hatiku rasa tidak sabar.
“Alhamdulillah… Nadira sihat.
Cuma… dia masih dalam incubator. Dia kena kuning sikit.” Beritahu abang.
“Alhamdullillah… dia ikut
muka siapa?”
“Mestilah muka papa dia yang
hensem ni.” Ucap abang. Aku mencubit pehanya.
“Perasan.” Balasku tersenyum
bahagia. Tidak sabar untuk melihat anak kami itu.
“Tak percaya sudah. Jangan
kecil hati tau tengok muka dia betul-betul iras abang. Anak papalah katakan?”
Dia tersenyum bangga. Aku hanya gelak saja melihat keriangan dia.
Alhamdulillah.. tak kisahlah ikut muka siapa. Janji dia sihat.
“Tak apa… orang cakap anak
perempuan memang selalu ikut muka ayah dia. Lepas ni, kalau kita dapat anak
lelaki. Mesti ikut muka Dura.” Balasku.
“Wah… ini memang best.
Nampaknya… tahun depan ada peluang nak tambah satu lagi.” Dia gelak.
“Jangan harap bang… Dura kan
caesarean.. mana boleh beranak rapat.” Aku sengaja mengingatkannya.
“Ala… nampaknya… lambat lagilah nak tambah
lagi satu. Tak apalah… lambat ke cepat.. kalau boleh… Nadira ada enam lagi
adik.” Ujarnya. Aku hanya tergeleng dalam senyuman. Iya sangatlah tu. Macam dia
pulak yang beranak.
Alhamdulillah… setelah apa
yang kami lalui, kami masih tetap bersama. Peristiwa yang lalu akan aku jadikan
pengajaran untuk masa hadapan. Aku bersyukur dikurniakan abang sebagai suami.
Dia betul-betul suami yang baik. Hati dia cantik… jiwa dia lembut. Tapi… abang
bukan pondan. Ya… dia lelaki sejati. Hehehe. Aku bahagia dikurniakan suami
macam dia. Dia tidak cepat marah dan sangat pemaaf.
Syukur tidak terhingga juga,
anak kami Nadira selamat dan sihat. Aku sangka aku akan kehilangannya. Nyata…
TUHAN masih mahu memberi peluang si kecil itu menemani kami suami isteri. Aku
berjanji tidak akan mensia-siakan peluang ini. Aku sentiasa berdoa, agar
bahagia ini sentiasa mengiringi keluarga kami. Semoga terus berkekalan hingga
ke Jannah.
Subscribe to:
Posts (Atom)